web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Netizen Kagum Pasangan Influencer Jutawan Masak Sendiri 340 KG Sotong Untuk Sedekah Masjid

Pasangan influencer dan usahawan popular ini telah mengambil inisiatif untuk memasak sendiri 340 KG sotong serta beberapa lagi lauk yang lain untuk disedekahkan kepada masjid menggunakan duit hasil ‘gift’ di media sosial 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2022 2:00PM

Gambar Instagram Aleeya Zailan 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Aleeya Zailan dan suaminya, Azri Aziz telah berbesar hati memasak sendiri hidangan untuk diagihkan kepada 340 jemaah masjid sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid Al-Syakirin Gombak baru-baru ini.

Menerusi rakaman ‘live’ yang dikongsikannya di media sosial baru-baru ini, kelihatan Aleeya bersama suami serta beberapa pembantu sedang bertungkus-lumus menyediakan masakan.

"Sebanyak 340 kilogram sotong sambal sedia untuk dimasak sebelum dibawa ke masjid bagi menjamu jemaah yang hadir memeriahkan majlis sambutan Maulidur Rasul.

"Bukan itu sahaja, kami juga menyediakan beberapa lauk lain seperti sambal sardin, gulai daging dan sayur goreng," kongsinya dalam video tersebut sambil tangan sibuk menumis bahan.

Gambar Instagram Aleeya Zailan 
Gambar Instagram Aleeya Zailan 

Mendapat ratusan ribu tontonan daripada netizen, rata-rata menganggap kesungguhan Aleeya dan keluarganya itu sesuatu yang jarang berlaku dalam kalangan individu bergelar jutawan.

Ramai berpendapat bahawa Aleeya boleh saja menggunakan khidmat katering bagi menempah menu yang dikehendakinya, tetapi pasangan suami isteri itu berbesar hati untuk melakukannya sendiri.

“Aleeya lebih selesa dan suka menjamu orang makan dari hasil air tangan Aleeya sendiri,” ujarnya. 

Bukan itu sahaja, Aleeya dan suami turut memberi sumbangan dalam bentuk barangan asas dan keperluan harian kepada asnaf di masjid tersebut.

Gambar Instagram Aleeya Zailan 
Gambar Instagram Aleeya Zailan 

Tambah Aleeya, segala bahan masakan yang digunakan untuk memasak diperolehi hasil duit ‘gift’ diberikan oleh pengikutnya ketika membuat siaran langsung di TikTok dan Facebook.

“Aleeya tak tahu nak buat apa dengan duit ‘gift’ dan ‘star yang anda bagi banyak-banyak sewaktu Aleeya ‘live’ di Tik Tok dan Facebook. Aleeya nak semua duit yang anda bagi suka-suka tu berbalik kepada anda semula. Setiap hari Jumaat ALeeya akan dermakan duit dari ‘gift’ anda kepada mereka yang memerlukan,” kongsinya

Semoga ada lebih ramai lagi pempengaruh serta usahawan yang berhati mulia seperti Aleeya dan Azri Aziz. – Getaran, 28 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu