web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Adidas Tamatkan Hubungan Niaga Dengan Kanye West, Tiada Lagi Kasut Sneaker Yeezy 

Adidas telah mengambil tindakan untuk menamatkan hubungan perniagaan dengan Kanye West kira-kira dua minggu lalu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2022 9:00AM

Kanye West - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama kasut sneaker terkemuka, Adidas akhirnya mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan hubungan perniagaan dengan Kanye West berikutan kenyataan anti-semitik yang dibuat oleh rapper itu serta beberapa komen lain yang menyinggung perasaan. 

Pengumuman itu dibuat Adidas pada pagi Selasa menerusi satu kenyataan yang dihantar kepada media. Namun, tindakan untuk menamatkan hubungan perniagaan mereka sudah pun dibuat kira-kira dua minggu lalu, selepas West menaikkan sebuah ciapan di Twitter: 

“Saya agak mengantuk malam ini, tapi apabila saya bangun saya akan death con 3 (terma yang digunakan tentera Amerika Syarikat iaitu Defcon 3 sewaktu berperang) orang Yahudi. Anda semua cuba bermain dengan saya dan cuba menghalang siapa sahaja yang menentang agenda anda.

Instagram dengan serta-merta menyekat akaun West selepas kenyataan bekas suami Kim Kardashian tersebut, yang kini dikenali sebagai Ye menjadi tular, manakala jenama seperti Vogue dan Balenciaga telah menjauhkan diri daripada artis itu.

Kini, Adidas yang telah menjalinkan kerjasama dengan West sejak 2013 dengan menaja kasut sneaker West yang popular iaitu Yeezy, mengambil tindakan sama. 

“Adidas tidak akan bertolak ansur dengan anti semitismes dan sebarang ucapan kebencian,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 25 Oktober lalu. 

Adidas dalam kenyataannya berkata lagi: 

"Komen dan tindakan Ye baru-baru ini tidak dapat diterima,penuh kebencian dan merbahaya dan mereka melanggar nilai kepelbagaian serta berbahaya, dan mereka melanggar nilai kepelbagaian dan penyertaan (semua golongan), saling menghormati dan keadilan."

"Setelah membuat kajian menyeluruh, syarikat telah mengambil keputusan untuk menamatkan segera perkongsian niaga mereka dengan Y, menamatkan pengeluaran produk berjenama Yeezy dan menghentikan semua pembayaran kepada Ye dan syarikatnya.

“Adidas akan menghentikan perniagaan Adidas Yeezy berkuat kuasa serta-merta.''

Melihat kepada senario ini, Adidas memaklumkan akan melakukan kajian menyeluruh berhubung perkongsian perniagaan Yeezy dan menjangkakan kerugian pendapatan bersih sebanyak USD246 juta (RM1,157,676,00 bilion) selepas menamatkan perjanjian itu. 

Dalam temu bual selepas ciapan kontroversi itu, West memberitahu Piers Morgan bahawa dia memohon maaf kepada mereka yang tersakiti tetapi dia tidak menyesal membuat kenyataan itu. – Getaran, 27 Oktober 2022 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 7 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN