web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sweet Qismina Dan Adam Lee Kini Sah Bergelar Pasangan Suami Isteri 

Hanya dengan sekali lafaz, pelakon popular, Sweet Qismina sah menjadi isteri kepada Adam Lee dalam majlis akad nikah yang berlangsung pagi tadi.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2022 1:00PM

Sweet Qismina,dan Adam Lee akhirnya sah disatukan sebagai suami isteri. - Gambar Instagram Sweet Qismina

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pasangan pelakon popular, Sweet Qismina, 25, dan Adam Lee, 28, akhirnya sah disatukan sebagai suami isteri hanya dengan sekali lafaz pada jam 10.40 pagi tadi.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh abang Sweet sendiri iaitu Fahed Ashraf Supandi dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam 1 Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Gombak Selangor, Mohamad Khairin Hussein.

Gambar Instagram Sweet Qismina
Gambar Instagram Sweet Qismina

Sweet Qismina atau nama sebenarnya  Farhanna Qismina Supandi menerima mas kahwin dari Adam Lee atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee sebanyak RM2410.97 yang merupakan simbolik tarikh kelahiran Sweet.

Pada majlis itu juga, pihak pengantin perempuan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang dari pihak pengantin lelaki. Walaubagaimanapun, jumlah wang hantaran telah dirahsiakan.

Gambar Instagram Sweet Qismina
Gambar Instagram Sweet Qismina

Kedua-dua mempelai segak memakai busana pernikahan berwarna putih polos rekaan pereka fesyen terkenal, Amaze.

Pasangan sama cantik sama padan ini telah mengikat tali pertunangan pada tarikh yang sama pada tahun lalu selepas tiga tahun menyulam cinta. 

Tahniah diucapkan kepada Sweet dan Adam. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina ini akan bahagia dan berkekalan hingga ke syurga. – Getaran, 24 Oktober 2022 

Sumber: BH Online

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sindiket Edar Dadah, Suami Isteri Antara 17 Ditahan

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

MK K-Clique Kini Sah Bergelar Suami Orang Hanya Dengan Sekali Lafaz

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Suami Isteri Direman Kes Bunuh Warga Emas

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 10 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN