web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bigg Boss 16:  Salman Khan Dalam Dilema, Farah Khan Minta Bantu Sajid Khan, Isu Gangguan Seksual Tak Selesai 

Dek kerana reputasi yang cukup buruk selepas didakwa melakukan gangguan seksual, ramai yang meminta Salman selaku pengacara program Bigg Boss 16 untuk menyingkirkan Sajid daripada program tersebut. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2022 7:04PM

Salman Khan (kiri) dan Farah Khan - Gambar dari Instagram Farah Khan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gara-gara pelbagai kontroversi dan pergaduhan yang berlaku dalam Bigg Boss Musim Ke-16, program realiti itu tiba-tiba sahaja menarik perhatian netizen di India.

Bahkan dalam tempoh dua minggu ia mula ditayangkan, program tersebut berjaya melonjakkan rating yang tinggi. 

Bollywoodlife.com melaporkan, salah satu sebabnya adalah penyertaan pengarah filem Sajid Khan yang juga adik kepada Farah Khan (koreografer dan pengarah filem) di dalam program itu. 

Kemunculan Sajid telah menjadi topik hangat yang diperkatakan di media sosial. 

Apa tidaknya, Sajid ketika ini terpalit dengan pelbagai dakwaan melibatkan gangguan seksual terhadap beberapa pelakon wanita seperti Sherlyn Chopra, Sona Mohapatra, Devoleena Bhattacharjee dan Urfi Javed. 

Ada di antara mereka yang membuat pendedahan bahawa Sajid telah menghantar gambar bogel dan gambar alat sulitnya kepada mereka.

Ada juga yang mendakwa Sajid meminta mereka memegang alat sulitnya itu. 

Sajid Khan - Gambar dari India Today
Sajid Khan - Gambar dari India Today

Terbaharu, pelakon Bhojpuri iaitu Rani Chatterjee mendedahkan Sajid telah melakukan gangguan seksual kepadanya sewaktu menghadiri pertemuan Himmatwala.

Sajid didakwa bertanyakan mengenai saiz payu dara dan kekerapan aktres berkenaan melakukan seks dengan teman lelakinya. 

Dek kerana reputasi yang cukup buruk itu, ramai yang meminta Salman Khan selaku pengacara program Bigg Boss 16 untuk menyingkirkan Sajid daripada program tersebut. 

Pada masa sama, Farah turut meminta Salman membantu adiknya itu.

Perkara itu membuatkan Salman Khan berada dalam keadaan yang serba salah kerana dia mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan Farah.

Namun, Salman terpaksa akur dengan permintaan netizen yang tidak mahu melihat Sajid dalam program tersebut. 

Bahkan, beberapa pelakon termasuk yang pernah menjadi mangsa Sajid serta karyawan filem Bollywood turut menyuarakan pandangan mereka meminta Sajid disingkirkan. - Getaran, 19 Oktober 2022 

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN