web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jin BTS Tarik Balik Surat Tangguh Khidmat Tentera, Daftar Diri Selepas Oktober Ini 

Menurut laporan PinkVilla, Jin akan segera mendaftarkan diri untuk menjalankan tanggung jawab tersebut sebaik sahaja selesai menjayakan album solonya selepas Oktober ini. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2022 10:20AM

Jin dari kumpulan BTS. - Gambar dari allkpop.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anggota BTS yang paling berusia, Jin telah menarik balik surat penangguhan untuk menjalani tugas mandatori ketenteraan.  

Menurut laporan PinkVilla, Jin akan segera mendaftarkan diri untuk menjalankan tanggung jawab tersebut sebaik sahaja selesai menjayakan album solonya selepas Oktober ini. 

Tidak hanya Jin, bahkan semua anggota BTS yang lain juga akan mendaftarkan diri untuk menjalani tugas dalam perkhidmatan tentera itu. 

Perkara ini turut disahkan oleh pihak pengurusan BTS, Big Hit Music di dalam siaran media mereka. 

“Selepas konsert fenomena untuk menyokong Busan membida untuk Ekspo Dunia 2030 serta setiap individu memulakan usaha solo, ia adalah masa yang tepat bagi ahli-ahli BTS berkhidmat dengan penuh rasa hormat. 

“Sejak penubuhan BTS lebih sepuluh tahun yang lalu, kumpulan ini telah mencapai mencatatkan kejayaan antarabangsa, memecahkan rekod, dan melonjakkan K-Pop ke stratosfera global. 

“BIG HIT MUSIC memberi tumpuan kepada detik penting dengan menghormati keperluan negara, bagi anak-anak muda yang sihat tubuh badan ini untuk berkhidmat dengan negara mereka”. 

Syarikat pengurusan itu turut menyentuhkan tentang album studio BTS, Anthology yang dilancarkan awal tahun ini. 

“Dengan pelancaran album Anthology pertama mereka awal tahun ini, ia telah membuka jalan untuk ahli-ahli mengambil sedikit masa untuk meneroka projek-projek individu.

''Yet To Come (The Most Beautiful Moment) adalah lebih daripada sebuah trek dalam album terbaharu mereka ini. Ia adalah sebuah janji, masih banyak lagi yang akan datang pada tahun-tahun seterusnya daripada BTS”. 

Jin, 30 tahun, sebelum ini telah menangguhkan tugas mandatori ketenteraan untuk menyambung promosi album dengan BTS. 

Dia telah membuat penangguhan tersebut sehingga 31 Disember. Namun, selepas menarik balik surat penangguhan, Jin akan mendaftarkan diri dalam tentera sebaik sahaja menerima surat notis pendaftaraan. - Getaran, 18 Oktober 2022 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...