web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Puteri Balqis Bangun Dalam Keadaan Menggigil, Masih Jalani Rawatan Psikiatri

Gadis itu mendedahkan bahawa dia turut terbeban dengan harga bekalan ubat anti-kemurungan yang mahal.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2022 2:00PM

Puteri Balqis - Gambar dari Instagram

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak mudah berdepan dengan depresi, pelakon Puteri Balqis mengakui kadangkala berasa kosong dan merasakan ubat yang dibekalkan pakar hanya membuatnya gembira tidak lebih daripada lapan jam.

Luahan hati pelakon itu dikongsikan sendiri menerusi akaun Instagramnya malam tadi beserta sebuah gambarnya menggenggam bekalan ubat penenang yang diberikan pakar psikiatri.

Pemegang Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Televisyen Asia 2014 ini juga sempat berkongsi keadaan dirinya yang kadangkala masih terkenang peristiwa hitam yang dilaluinya di masa lalu membuatkannya kadangkala bangun dalam keadaan badan yang menggigil. 

“Memori itu kekal,” tulisnya di dalam kapsyen.

Puteri Balqis Ashikin on Instagram: “Met my psychiatrist again, these meds make me happy only for less than 8 hours. After that, everything comes to a blur and i'm empty again.…”

Bukan itu sahaja, gadis itu mengakui turut terbeban dengan harga bekalan ubat anti-kemurungan yang mahal. Balqis perlu kira-kira RM160 untuk sekotak ubat selepas diskaun. 

“Saya jadi bertambah murung bila memikirkan harga ubat ini,” tulisnya di Insta Story. 

Terdahulu, Balqis dan ibunya Norashikin Mohd Aziz telah dibawa berjumpa pakar psikiatri sebelum masing-masing disahkan menghadapi gangguan dan tekanan selepas trauma (PTSD).

Sekitar awal bulan lalu, nama Balqis menjadi tular apabila pelakon itu membuat pendedahan dicabul oleh bapa kandungnya sendiri sejak berumur enam tahun. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. - Getaran, 14 Oktober 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 11 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN