web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siti Nurhaliza Kesal Kenyataannya Diputarbelitkan, Tak Pernah Sebut Siti Afiyah Lebih Gembira Jadi Ahli Politik  

Penyanyi kesayangan ramai ini juga meminta portal hiburan terbabit untuk bertanggungjawab di atas artikel mereka. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 1:16PM

Siti Nurhaliza - Gambar fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza telah meluahkan rasa kekasalnya terhadap tindakan sebuah portal hiburan yang memutar-belitkan kenyataanya tentang anaknya, Siti Aafiyah. 

“Cuba tonton (video live) saya pada 6 Oktober baru-baru ini, ada saya pos di sini, dengar apa yang saya jawab apabila media bertanyakan tentang Aafiyah.

“Tajuk berita ini jauh berbeza dengan jawapan saya. Saya tidak pernah menyebut saya lebih gembira jika Aafiyah menjadi ahli politik seperti yang ditulis.

“Netizen akan menulis di ruangan komen berdasarkan tajuk tersebut, dan macam-macam akan diperkatakan. 

“Apa yang saya tekankan adalah mengenai etika menulis, jangan mengubah fakta dan saya pula yang terkena impak negatifnya,” katanya yang turut mempersoalkan etika menulis dan impak kepada orang lain. 

Penyanyi kesayangan ramai ini juga meminta pihak portal hiburan terbabit untuk bertanggungjawab di atas artikel penulisan mereka. 

“Saya tidak pernah ada masalah dengan pihak media tetapi saya hanya mahu agar apa yang ditulis perlu dengan fakta yang betul, apatah lagi ada video yang boleh dirujuk,” katanya lagi. 

Siti berkata demikian menerusi sebuah posting yang dimuatnaik di lama Facebook miliknya. Artikel yang ditulis oleh portal hiburan terbabit pula dikatakan ditulis berdasarkan sebuah video live yang dimuat naik penyanyi kelahiran Kuala Lipis Pahang sewaktu menjayakan sidang media A Night To Remember, Live @ Persada Johor, baru-baru ini. – Getaran, 10 Oktober 2022 

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Final EURO 2024: England Jadi Pilihan Ahli Politik Malaysia

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nyanyian Duet Tengku Ampuan Pahang, Datuk Sri Siti Nurhaliza Pikat Tetamu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanggungjawab Moral Untuk Ahli Politik, Pesara Pilih Satu Pencen - PM

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN