web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Saya Tidak Cekik Anak-Anak', Brad Pitt Jawab Tuduhan Angelina Jolie 

Sumber yang rapat dengan Brad Pitt juga mendakwa Angelina sering menambah maklumat yang tidak benar di dalam keterangannya untuk merosakkan lagi reputasi Brad. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 4:00PM

Gambar fail menunjukkan Angelina Jolie dan Brad Pitt, ketika masih menjadi suami isteri. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada 2016, Angelina Jolie telah memfailkan perceraian daripada Brad Pitt berikutan insiden di atas jet peribadi yang melibatkan anak-anak mereka.

Pada ketika itu, maklumat mengenai insiden berkenaan agak samar-samar dan selepas bertahun-tahun, kita juga tidak dapat mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di sebalik insiden tersebut. 

Namun, kini, baik Angelina mahu pun Brad, masing-masing mula bersuara mengenai insiden tersebut apabila ia mula melibatkan dakwaan dan tuntutan di mahkamah. 

Brad menyaman Angelina atas dakwaan bahawa aktres itu telah menjual kepentingannya dalam kilang wain yang mereka miliki tanpa persetujuannya.

Angelina pula dalam tuduhan terbaharu mendakwa Brad telah mencekik anak lelaki mereka semasa mabuk di dalam pesawat.

Aktres itu juga mendakwa bahawa dia cedera ketika cuba menghalang Pitt daripada menyerang anak-anaknya serta menambah bahawa Brad yang dalam keadaan marah telah mencurah alkohol ke atas seluruh keluarganya. 

Kini, Pitt telah menjawab dakwaan itu menerusi kenyataan yang dikeluarkan peguamnya, Anne Kiley.

''Brad bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku sejak hari pertama - bukan seperti pihak di sebelah sana - tetapi dia tidak akan mengakui apa yang tidak dilakukannya," tulis Kiley sebagai tindak balas kepada tuduhan dari pihak Jolie.

"Brad telah menerima beberapa serangan peribadi yang disalah tafsir. Namun, syukurlah kerana pelbagai pihak berkuasa awam yang cuba digunakan pihak di sebelah sana (Angelina) selama enam tahun, telah membuat keputusan mereka sendiri,” kata Kiley. 

Angelina sebelum ini membuat aduan bahawa, Bad telah memegang kepala serta menggoncangnya sebelum didakwa menyerang anak-anak yang cuba menyelamatkan ibu mereka. 

“Pada satu ketika, dia menuangkan bir pada Jolie dan pada satu masa lagi, dia mencurahkan bir dan wain merah pada kanak-kanak.  

"Untuk menepis Jolie dari belakangnya, Pitt telah melemparkan dirinya ke belakang ke tempat duduk kapal terbang dan mencederakan bahagian belakang dan siku Jolie. 

"Kanak-kanak meluru masuk dan semua dengan berani cuba melindungi satu sama lain. Sebelum ia berakhir, Pitt mencekik salah seorang anak-anak dan memukul yang lain di muka. Anak-anak juga merayu kepada Pitt supaya berhenti melakukannya," menurut dokumen mahkamah yang dibuat Angelina. 

Namun, sumber rapat Brad memberitahu, semua itu adalah suatu penipuan. 

Bercakap dengan Radar Online, sumber rapat itu memberitahu, bahawa tuduhan yang dibuat oleh Angelina sentiasa bertambah dan berkembang dengan versi yang mampu merosakkan lagi reputasi Brad. 

"Dia terus mengulangi, menyemak semula serta menambah maklumat yang tidak benar terhadap keterangannya mengenai peristiwa yang berlaku enam tahun lalu, setiap kali dia gagal mendapatkan apa yang dia mahu," kata sumber itu sambil menambah:

''Aduan bersilang yang difailkan peguamnya Angelina minggu lalu menjelaskan bahawa dia meletakkan urusan perniagaannya - termasuk pertelingkahan mengenai kilang wain, di tangan pasukan pengurusannya supaya dia tidak perlu berurusan secara langsung dengan Pitt. – Getaran, 10 Oktober 2022 

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Selebriti 11 jam yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

oleh Sophia Ahmad