web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 23 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Di Sebalik Kecaman Isu Nepotisme, Shanaya Kapoor Mahu Buktikan Dia Layak Berlakon Filem Karan Johar 

Meskipun menerima kecaman hebat kerana diberikan peluang untuk berlakon oleh Karan Johar, namun Shahaya ingin membuktikan bahawa pemilihannya sebagai pelakon adalah 'berbaloi'.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2022 12:00PM

Shanaya Kapoor - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila Karan Johar mengumumkan dia akan memperkenalkan Shanaya Kapoor iaitu anak kepada aktor Sanjay Kapoor dan Maheep Kapoor dalam filem terbitan terbaharunya, Bedhahak, awal tahun ini, ia telah mencetuskan perdebatan hangat mengenai isu nepotisme. 

Karan menerima kecaman hebat, dari kiri, kanan, depan dan belakang, daripada pengguna media sosial kerana sering memilih untuk memberikan peluang kepada anak bintang Bollywood untuk tampil dengan filem pertama mereka. 

Shanaya sendiri tidak terkecuali daripada menerima kecaman tersebut. Namun, Shanaya ingin membuktikan kepada semua bahawa dia layak mendapat peluang tersebut dan akan menunjukkan persembahan lakonan yang terbaik. 

“Saya bersyukur dengan peluang yang diberikan ini dan saya benar-benar berusaha keras untuk membuktikan bahawa saya benar-benar layak mendapatkannya. 

“Saya mahu persembahan saya di dalam filem ini membuatkan orang berasakan peluang yang diberikan kepada saya ini, memang sepatutnya. 

“Saya tidak akan mensia-siakannya atau mengambilnya mudah. Saya telah bekerja keras dan akan terus bekerja keras,” kata Shanaya dalam wawancara bersama Zoom. 

Shanaya turut menambah, dia sangat gementar tetapi pada masa sama teruja menanti filem debutnya itu dan juga menganggap ia hanya selangkah untuk menggapai impian zaman kanak-kanaknya untuk menjadi pelakon dalam industri perfileman Bollywood. 

Selain Shanaya, Bedhadak turut memperkenalkan Gurfateh Pirzada and Lakshya dalam watak pertama masing-masing. 

Poster Bedhadak telah pun dilancarkan Dharma Productions pada awal tahun ini menerusi media sosial. - Getaran, 26 September 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 17 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...