web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Angelina Jolie, Lawat Mangsa Banjir Di Pakistan, Bantu Tarik Perhatian Dunia

Angelina Jolie, menjalankan tanggungjawab sosial dengan melawat mangsa banjir di Pakistan. Lawatan itu bagi menarik perhatian dunia untuk terus menghulurkan bantuan kepada lebih 33 juta penduduk yang terjejas.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2022 12:06PM

Angelina Jolie melawat Pakistan bagi membuka mata dunia mengenai penderitaan yang dialami penduduk yang menjadi mangsa banjir di negara berkenaan. - Gambar dari Instagram brunaantonageli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW DELHI - Pelakon Hollywood Angelina Jolie, melawat Pakistan untuk menarik perhatian antarabangsa mengenai banjir yang melanda negara itu ketika banyak negara terus menghantar bantuan.

Beliau mengunjungi daerah Dadu di wilayah Sindh pada Selasa, dan bertemu mangsa banjir, lapor saluran televisyen Pakistan.

Lebih 33 juta penduduk terjejas oleh bencana banjir itu berikutan hujan lebat monsun sejak pertengahan Jun.

Jumlah kematian melepasi 1,550, termasuk beratus-ratus kanak-kanak, dan kira-kira 13,000 lagi cedera.

Bantuan antarabangsa berterusan tiba di Pakistan, dengan Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi antara pembekal utama barangan bantuan.

Angelina Jolie berbual dengan mangsa banjir di Pakistan. - Gambar dari Instagram brunaantonageli
Angelina Jolie berbual dengan mangsa banjir di Pakistan. - Gambar dari Instagram brunaantonageli

Kedua-dua negara menghantar berpuluh-puluh penerbangan bantuan sejak Ogos ketika pihak berkuasa Pakistan bertungkus-lumus menangani bencana di wilayah Sindh, Balochistan dan Khyber Pakhtunkhwa.

Sejak Isnin, dua penerbangan bantuan tiba di lapangan terbang Karachi dari Oman, satu dari Dubai dan sebuah lagi penerbangan yang diatur UNICEF.

Turkiye dan UAE menghantar paling banyak bantuan menerusi udara selain menggunakan tren oleh Turkiye 

Enam “Tren Ikhlas” Turkiye berlepas pada Selasa manakala enam lagi bakal menyusul pada minggu-minggu akan datang, menurut laporan media Pakistan.

Sementara itu, Bank Pembangunan Asia (ADB) pada Selasa memaklumkan institusi itu ‘sedang berusaha untuk segera menyediakan pakej bantuan serta pemulihan.”

“Ia disediakan bagi membantu penduduk, kehidupan mereka dan infrastruktur segera serta untuk jangka panjang,” menurut ADB sambil menambah bahawa maklumat lanjut akan diberikan apabila pakej bantuan dimuktamadkan. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 12 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...