web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Asad Motawh Sudah Beli 2 Rumah, Akui Tak Suka Tunjuk Kekayaan

Asad berpendapat, orang yang benar-benar kaya tidak akan menunjukkan kemewahannya di media sosial. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2022 8:53PM

Dalam diam penyanyi Asad Motawh sudah bergelar usahawan. - Gambar oleh Asad Motawh

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun sudah lama tidak tampil dengan karya lagu terbaharu, rupanya dalam diam penyanyi Asad Motawh sudah bergelar usahawan dan mengakui hidup selesa dengan tiga perniagaan yang diusahakan.

Baru berusia 21 tahun, pelantun lagu Senyum itu sudah berjaya memiliki dua buah rumah jenis banglo dan private suites. Bukan itu sahaja, dia juga memiliki sebuah kereta, pejabat, selain  menjadi majikan dengan mengupah lapan orang kakitangan di bawah syarikat perniagaan yang diusahakannya. 

“Walaupun tak ada lagu baru namun saya akui hidup selesa. Angka pendapatan, saya tak mahu sebut, google sahaja sendiri. 

“Saya ada tiga perniagaan iaitu perkhidmatan cuci kereta, membuat landskap dan kini bisnes terbaharu saya adalah mengusahakan rumah produksi Motawh Production yang baharu dibangunkan sejak sembilan bulan lalu. 

“Saya ada pasukan sendiri. Kami banyak buat kerja belakang tabir seperti iklan, muzik video dan sebagainya. Kami juga berjaya mendapatkan klien jenama-jenama besar hasil kolaborasi dengan talent agency, Xeno,” kata Asad ketika ditemui Getaran di program Malaysia Boleh Bersama MILO baru-baru ini.

Asad (belakang Ayda Jebat) ketika tampil sebagai tetamu jemputan di program #MalaysiaBolehBersamaMILO sempena Hari Malaysia. - Gambar ihsan MILO
Asad (belakang Ayda Jebat) ketika tampil sebagai tetamu jemputan di program #MalaysiaBolehBersamaMILO sempena Hari Malaysia. - Gambar ihsan MILO

Tidak mahu menayangkan kekayaan di media sosial sepertimana individu tertentu, Asad merasakan sikap terlalu menunjuk harta tidak akan memberi apa-apa faedah kepadanya. Sebaliknya, ia akan mengundang cakap-cakap yang tidak enak didengar. 

“Rumah pertama yang saya beli adalah sewaktu saya berusia 19 tahun. Sejujurnya, saya merasakan apa yang saya miliki ini biasa-biasa sahaja. Ia macam satu tanggungjawab.

“Mungkin sebab saya mempunyai ramai kawan-kawan artis yang kaya. Apabila seseorang itu semakin kaya, semakin sedikit kekayaan yang ingin ditunjukkan kepada orang lain.  Saya tak nampak apa-apa kelebihan kalau menunjukkan harta. 

“Lagipula, kalau saya tunjuk segala aset, nanti orang tetap akan mengata saya acah-acah dan sebagainya,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Asad tampil sebagai tetamu jemputan di program #MalaysiaBolehBersamaMILO sempena Hari Malaysia. Program tersebut bertujuan menyatupadukan rakyat untuk melangkah jauh berbekalkan kebaikan tenaga MILO.

Selebriti lain yang turut menjayakan program itu ialah Ayda Jebat, Amir Masdi, Rabbit Mac dan Jestinna Kuan. - Getaran, 20 September 2022

Berita Berkaitan

1

Usahawan 3 bulan yang lalu

Capal Jago Kepala Batas: Warisan 6 Dekad Jadi Pilihan PM

2

Usahawan 2 tahun yang lalu

Kedai Kopi Jalan Ampas Imbau Nostalgia Filem Melayu Lama

3

Usahawan 2 tahun yang lalu

Pengusaha Harumanis Tak Menang Tangan Penuhi Permintaan Pelanggan

4

Usahawan 2 tahun yang lalu

Peniaga Nasi Kukus Raih Jualan RM14,000 Sebulan Selepas Sertai Program IPR

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Selebriti 9 jam yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

oleh Sophia Ahmad