web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Leonardo DiCaprio Dan Gigi Hadid, Tak Mahu Terburu-Buru Dalam Perhubungan 

Gosip cinta antara pasangan ini semakin hangat diperkatakan selepas tersebarnya gambar mereka ketika menghadiri parti di kota New York, baru-baru ini. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2022 10:14AM

Leonardo DiCaprio, dirakamkan bersama Gigi Hadid pada satu parti di New York pada Isnin. - Gambar dari DailyMail.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gosip cinta di antara aktor Leonardo DiCaprio and Gigi Hadid semakin hangat diperkatakan apabila tersebarnya gambar mereka bersama sewaktu menghadiri parti rakan mereka di kota New York, baru-baru ini. 

Aktor berusia 47 tahun tersebut telah dikaitkan dengan model berusia 27 tahun itu pada awal bulan ini, selepas dia dilaporkan berpisah dengan Camila Morrone, pertengahan tahun ini. 

Menerusi gambar yang diambil oleh MailOnline, pasangan ini dilihat begitu mesra di parti yang dianjurkan rakan DiCaprio iaitu Richie Akiva and Darren Dzienciol di Manhanttan. 

Dalam salah satu gambar tersebut, DiCaprio dilihat meletakkan tangan di bahu Gigi. Dalam beberapa majlis acara sebelum ini, pasangan ini dilihat beberapa kali bersandar di meja sambil berbisik ke telinga masing-masing. 

Leonardo DiCaprio dan Gigi Hadid. - Gambar dari dailymail.co.uk
Leonardo DiCaprio dan Gigi Hadid. - Gambar dari dailymail.co.uk

Sumber memberitahu Page Six, walaupun mereka kini sedang berdating, namun mereka mahu melakukannya secara perlahan-lahan. 

Sumber itu memberitahu lagi bahawa DiCaprio bukanlah seorang yang gemar keluar masuk dalam sesebuah hubungan. 

“Dia tidak suka melompat dalam hubungan dan berseronok,” katanya. 

 Begitupun, sebuah media pada minggu lalu menyebut bahawa Gigi yang berkongsi anak dengan bekas anggota One Direction iaitu Zayn Malik, tidak menunjukkan minat terhadap DiCaprio.

“DiCaprio memang tumpukan perhatiannya terhadap Gigi tapi Gigi tidak menunjukkan minat.

“Mereka memang berkawan tapi dia (Gigi) tidak mahu mempunyai hubungan romantik dengannya (DiCaprio) sekarang," kata sumber itu kepada Us Weekly. – Getaran, 15 September 2022. 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 8 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN