web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ratu Elizabeth II Mangkat, Selebriti Popular Berduka

Ramai selebriti popular terutamanya yang berasal dari United Kingdom menzahirkan rasa dukacita di atas kemangkatan ratu kesayangan ramai itu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2022 2:07PM

Victoria Beckham, Elton John dan Naomi Campbell - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hari ini satu dunia sedang berduka dengan kemangkatan Ratu England iaitu Ratu Elizabeth II yang menghembuskan nafas terakhirnya pada 8 September 2022 pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, United Kingdom.

Mendiang adalah pemimpin tertinggi kedua yang telah berkhidmat paling lama di dunia iaitu selama 70 tahun 214 hari. 

Di media sosial, ramai selebriti popular yang membuat hantaran mengucapkan takziah kepada mendiang terutamanya selebriti kelahiran United Kingdom.

Penyanyi dan pereka fesyen terkenal, Victoria Beckham menerusi hantarannya di Instagram menulis, “Hari ini adalah hari yang sangat sedih bukan sahaja untuk negara kita tetapi seluruh dunia. 

“Saya sangat berduka dengan kemangkatan baginda Ratu. Beliau akan diingati di atas khidmat serta kesetiaanya yang teguh. Ingatan saya bersama seluruh keluarga diraja pada waktu yang paling menyedihkan ini.”

Penyanyi legenda Elton John turut meluahkan rasa berdukacita di atas kemangkatan baginda ratu. Menerusi kenyataan yang dimuat naiknya di Instagram, Elton berkata mendiang merupakan inspirasi buat semua dan menjadi sebahagian besar dari kehidupannya. 

“Beliau sangat memberi inspirasi dan memimpin negara dengan penuh keanggunan, kesopanan dan kemesrasaan di saat suka mahupun duka. 

Ratu Elizabeth II telah menjadi sebahagian besar dari kehidupan saya sejak dari kecil hingga kini dan saya akan sangat merinduinya,” tulisnya dalam kenyataan itu.

Bagi supermodel terkenal Naomi Campbell, dia menyifatkan kemangkatan Ratu Elizabeth II sebagai pengakhiran sebuah era. 

“Baginda telah berkhidmat begitu lama dan sangat tidak dapat ditandingi dalam segala hal untuk seluruh keluarga diraja. Baginda adalah seorang ratu, seorang isteri, seorang ibu, seorang nenek dan seorang moyang. Bersemadilah dengan damai tuanku,” tulisnya. – Getaran, 9 September 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 6 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

2

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

4

Selebriti 3 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 6 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...