web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Tak Adalah Sampai Bercium” - Elvina Hanya Lakonkan Babak Intim Bila Perlu

Elvina juga mengakui dia akan melihat dan menilai skrip terlebih dahulu sebelum menjayakan sebarang babak intim.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2022 2:16PM

Elvina Mohamad - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Datin Elvina Mohamad berpendirian hanya melakonkan babak intim secara profesional sekiranya skrip yang ditawarkan memintanya berbuat demikian. 

Menurut Elvina, adegan berpegang tangan atau berpelukan akan dilakukan selepas melalui proses perbincangan dengan pengarah terlebih dahulu.

“Sebenarnya, ini adalah pendirian saya dan bukannya sebab suami yang suruh. Dia tak pernah letak apa-apa syarat kepada saya.

“Kalau ada babak berpegang tangan, saya akan tengok skrip terlebih dahulu dan nilai adakah ia logik atau tidak.

“Manakala untuk adegan berpelukan, saya tidak mahu kata saya tolak bulat-bulat. Cuma saya akan berbincang dengan pengarah sama ada kita boleh ubah atau tidak. 

“Saya tidak mahu dilihat berlebihan. Tak adalah sampai bercium,” katanya ketiga ditemui di majlis sidang media drama ‘Takdir Cinta Dhia’. 

Elvina bakal tampil sebagai pemain utama dalam siri drama ‘Takdir Cinta Dhia’ bergandingan bersama-sama Datuk Aaron Aziz buat pertama kali
Elvina bakal tampil sebagai pemain utama dalam siri drama ‘Takdir Cinta Dhia’ bergandingan bersama-sama Datuk Aaron Aziz buat pertama kali

Bukan itu sahaja, ibu kepada seorang anak itu juga mendedahkan banyak pengarah sudah lebih sensitif dan mula menggunakan camera trick untuk mencetuskan babak intim. 

“Sebenarnya, skrip dan jalan cerita boleh berubah. Ia bergantung kepada idea pengarah. Sekarang ramai yang lebih sensitif dan pengarah pun sudah menggunakan camera tricks. Jadi, babak berpelukan jika guna camera trick, lagi bagus,” tambahnya. 

Elvina bakal tampil sebagai pemain utama dalam siri drama ‘Takdir Cinta Dhia’ bergandingan bersama-sama Datuk Aaron Aziz buat pertama kali. 

Mengakui agak kekok pada awalnya mendapatkan keserasian bersama Aaron, namun hasil perbincangan di set membuatkan kedua-dua pelakon itu dapat menjayakan watak masing-masing. 

Drama bergenre crime-thriller ini bakal ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang mulai 12 September ini.

Penonton boleh menyaksikannya di saluran Astro Prima (105). Turut sama menjayakan drama bersiri 40 episod ini ialah Shah Jaszle, Nada Nur Syuhada dan Nazrief Nazri. - Getaran, 30 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

‘Dia Cium Tangan Saya Dua Kali, Bukan Cium Biasa’ - Ara Johari Jadi Mangsa Serangan Seksual Peminat Fanatik

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Cium Pelancong, Pembantu Jurulatih Selam Skuba Dicekup

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Isu Di Antara Syamsul Yusof - Aaron Aziz Bukan Masalah Saya, Itu Masalah Produksi - Rosyam Nor

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aaron Aziz Minta Sharnaaz Ahmad Jangan Masuk Campur Urusannya Bersama Syamsul Yusof

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH