web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 23 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Amy Search Kini Bergelar Datuk

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2022 1:58PM

Datuk Amy - Gambar ihsan @hazmiljapilus

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Penyanyi lagenda rock negara, Amy Search atau nama sebenar Suhaimi Abdul Rahman menerima anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun ke-73, Yang Di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam hari ini.

Beliau merupakan antara 163 penerima yang mendapat anugerah DPSM sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula mendahulu senarai penerima dan dikurniakan Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama. 

Ismail Sabri menerima anugerah Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama. - Gambar Bernama
Ismail Sabri menerima anugerah Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama. - Gambar Bernama

Secara keseluruhan, seramai 883 penerima menerima pingat dan darjah kebesaran pada upacara yang berlangsung dalam tiga sesi istiadat iaitu pada pagi ini yang berlangsung di Balai Istiadat di Seri Negeri, Ayer Keroh dan dua sesi lagi pada 27 Ogos.

Penerima lain terdiri daripada anggota Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan, ahli politik, ahli korporat, anggota Pertubuhan Bukan Kerajaan, pengamal media dan ahli badan sukarelawan.

Turut menerima pingat kebesaran ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto yang masing-masing menerima pingat Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri. 

Azwan Omar
Azwan Omar

Sementara Azwan Omar atau dikenali sebagai Abang Viva dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) atas jasanya membantu mangsa banjir terutama ketika banjir besar melanda negara tahun lepas.

Bintang Gagah Perkasa (BGP) pula dikurniakan kepada Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah yang lemas dibawa arus deras pada 20 Oktober 2021 ketika operasi menyelamat mangsa banjir di Kampung Sungai Putat. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 17 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN