web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Saya Berprinsip Tidak Akan Hadir ke Jakarta,” Adi Putra Terkilan

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2022 8:32PM

Adi Putra - Gambar fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Datuk Adi Putra mengakui terkilan dengan tindakan pihak produksi dan berpegang kepada prinsip untuk tidak terbang ke Jakarta bagi mempromosikan filem Mat Kilau.

Adi mengakui sedang berada dalam fasa ‘silent mood’ dengan pihak penerbit dilem itu, Studio Kembara. Pelakon tersebut juga sudah menghubungi penerbit itu dua minggu lalu namun panggilannya tidak dijawab. 

“Sampai sekarang mereka 'silent mode' sebab selepas 11 kali mereka hubungi saya, saya tak jawab sebab terkilan. Saya terkilan kerana saya cuba menghubungi mereka dua minggu lalu, namun tiada respons.

"Saya berlapang dada kerana kita harus bersikap profesional dan berkata benar. Saya mendoakan supaya 26 Ogos nanti semoga filem Mat Kilau mendapat perhatian besar di sana," katanya ketika ditemui pada sidang media Air Force The Movie: Selagi Bernyawa. 

Ditanya adakah pelakon itu akan terlibat dengan sekual filem Mat Kilau sekiranya ditawarkan, Adi Putra tidak akan bulat-bulat menerima sebaliknya akan mempertimbangkannya dengan sewajarnya. 

"Filem Mat Kilau 2 saya akan pertimbangkan. Komunikasi sangat penting. Komunikasi akan pergi pada diskusi.

"Jadi, saya akan pertimbangkan sewajarnya. Saya tak kata saya terima. Setiap pengajaran diambil sebagai satu ikhtibar. Saya nak menyatakan untuk laksanakan itu tidak," katanya.

Terdahulu, Adi memuat naik sebuah status di laman Instagram menyindir pihak penerbit yang sukar dihubungi dan berniat menghadiahkan mereka sebuah telefon bimbit. Adi kemudian membuat kata putus untuk tidak menyertai sesi promosi filem Mat Kilau di Indonesia. - Getaran, 22 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 16 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN