web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zarina Zainuddin Dikecam Netizen Sebab Muatnaik Video Azal Melamar Neera Azizi

Zarina memberitahu, dia lebih mengetahui siapa anaknya berbanding netizen, jadi orang luar tidak berhak menuduh melulu dan mempertikaikan tindakannya. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 8:10PM

Zarina Zainuddin bersama Azal dan Neera Azizi. - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan usahawan terkenal, Zarina Zainuddin dikecam netizen selepas dia memuatnaik sebuah video yang menunjukkan anaknya Azal sedang melamar pelakon Neera Azizi. 

Dalam video berkenaan, Azal dilihat menyarungkan cincin ke jari Neera dan berkata sudikah awak jadi isteri saya? 

Umum mengetahui bahawa Azal adalah anak istimewa yang menghidap autisme. Disebabkan itu, ada netizen yang kurang bersetuju dengan tindakan Zarina yang dilihat seolah-olah mempermainkan perasaan anaknya.

Tidak hanya berdiam diri, Zarina dilihat membalas semula komen-komen yang menghentam dirinya.

Kata Zarina, dia yang lebih mengetahui siapa anaknya, jadi orang luar tidak berhak menuduh melulu dan mempertikaikan tindakannya. 

Zarina Zainuddin on Instagram:

“Azal melamar si putih melepak katanya @neeraazizi Sudikah awak menjadi isteri saya ? Siapa setuju angkat tangan ??.

"Sebagai mak kepada anak 'mild autism', saya tahu sejauh mana nak pergi, mana yang boleh, mana yang tidak, sebab hari-hari saya ajar dia berdikari. 

“Saya rasa Azal pun dah redha soal jodoh ni, dia tahu diri dia macam mana. Selalu dia cakap pun macam adik dan abang, atau adik dan kakak. 

“Ada yang marah saya, menegur saya.  Terima kasih banyak-banyak. Dari teguran itu saya perbaiki kesilapan saya. Cuma saya nak beritahu, saya lebih kenal anak saya dan autisme ini luas takkan ada yang sama antara satu sama lain. 

Zarina Zainuddin on Instagram: “Assalamualaikum Good morning nanti trngok kat @officialhlive penjelasan saya mengenai isu ni . Terima kasih ambik berat anak saya azal…

“Saya ada cara saya mendidik anak mengikut situasi sekeliling. Anak saya Azal bukan 100 peratus  normal, tapi saya akan melatih dia sekurang kurangnya 80 peratus normal dan menjalani kehidupan yang sihat mental dan fizikal," tulisnya dalam satu hantaran lain. 

Sama-sama kita mendoakan semoga Azal sentiasa gembira dalam menjalani hidup dengan caranya sendiri. - Getaran, 11 Ogos 2022. 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 8 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...