web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dulu Tonjol Lelaki 'Sotong', Kini Tonjol Baby Shima Yang Seksi, Aliff Syukri Kena Kecam Lagi 

Bakal tampil dengan single terbaharu yang bergenre dangdut, kali ini Aliff Syukri tampilkan Baby Shima sebagai pasangan duet. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2022 8:07PM

Aliff Syukri - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun pernah dikecam ibunya sendiri, Rozita Ibrahim kerana tidak mempunyai suara sedap dan tidak berbakat untuk menjadi penyanyi, namun semua itu nampaknya tidak diendahkan sama sekali oleh Datuk Seri Aliff Syukri. 

Bahkan, usahawan kosmetik yang suka meraih perhatian dengan publisiti yang ada kalanya memualkan ini masih tidak serik untuk merakamkan single terbaharu. 

Kali ini, Aliff Syukri bakal tampil dengan sebuah lagu duet bersama penyanyi Baby Shima dalam waktu yang terdekat ini. 

Apa yang mengejutkan, Aliff turut mengetengahkan genre muzik dangdut untuk single terbaharunya ini. 

Tatkala berkongsi teaser lagu terbaharunya itu di akaun instagramnya, Aliff telah menerima pelbagai kecaman hebat daripada netizen.

Rata-rata mereka menganggap Aliff yang kalis makian itu semakin menjadi-jadi perangainya dan berharap agar usahawan tersebut segera bertaubat. 

Tidak kurang juga yang mempersoalkan tindakan Aliff menampilkan Baby Shima yang seksi sebagai pasangan duetnya sedangkan mereka berdua dilaporkan pernah bersengketa. 

Adakah Aliff kali ini mahu ambil kesempatan dengan menjual keseksian Baby Shima menerusi kolaborasi single dangdut mereka ini? 

Yang penting, Aliff memberitahu tujuannya untuk menghasilkan single tersebut adalah untuk menunjukkan bakatnya.

Netizen membalas, usah membuat perkara yang memalukan dan ingatlah pesanan ibundanya itu yang meminta supaya dia fokus dengan perkara lain dan menjaga maruah keluarga. – Getaran, 10 Ogos 2022

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 9 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN