web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Dulu Saya, Sekarang Sahabat Lama Saya Fizi Ali Pula’ -  Shahrol Shiro ‘Sound’ Suria FM!

Shahrol turut memuji tindakan Fizi Ali meninggalkan Suria FM dan menganggap ia satu keputusan yang tepat.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2022 6:09PM

Shahrol Shiro menyifatkan keadaan yang dialaminya itu sama dengan apa yang berlaku terhadap Fizi Ali. - Gambar dari Instagram Shahrol Shiro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernah berkhidmat dengan Suria FM sebagai penyampai radio dan kontraknya juga tidak disambung disebabkan isu dalaman, pelawak Shahrol Shiro menyifatkan keadaan yang dialaminya itu sama dengan apa yang berlaku terhadap Fizi Ali.

Ia memaksa Shahrol Shiro meluahkan rasa menerusi posting IG miliknya yang ditujukan buat pihak pengurusan stesen radio tersebut.

“Selepas isu yang terjadi antara kita suatu masa dahulu, saya ingat stesen radio kamu akan lebih profesional dan menghargai penyampai yang pernah bertugas menabur bakti di sana, rupanya masih sama.

“Datang dan pergi penyampai di sesebuah stesen radio itu lumrah, sama seperti team bola sepak tetapi saya melihat apabila penyampai di stesen lain mengambil keputusan keluar atau dikeluarkan, pihak pengurusan stesen radio tidak pula mengeluarkan kenyataan negatif penyampai tersebut,” katanya.

Shahrol turut memberikan contoh Johan yang meninggalkan Era FM. Katanya, stesen radio tersebut tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur negatif dan tiada siapa yang tahu punca beliau keluar.

“Ini contoh sikap profesional yang patut dicontohi. Kenyataan memburukkan bekas penyampai kamu nampak ringan tetapi impaknya besar.

“Sehingga ke hari ini pun, masih ada komen yang mengatakan masalah disiplin saya padahal saya sudah menerangkan kejadian sebenar.

“Kepada Suria FM, bersikap profesional dan belajar menghargai mereka yang pernah berjasa di syarikat kamu.

“Pada sahabat saya Fizi Ali bersabarlah dengan dugaan dan telah membuat keputusan yang tepat pergi ke stesen Hot FM yang menduduki ranking lebih atas dari stesen radio lama kamu,” katanya. - Getaran, 2 Ogos 2022

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN