Berita Terkini

5 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Ras Adiba Diselubungi Rasa Bersalah Biarkan Zalina Seorang Diri

Kali terakhir Ras Adiba bertemu dengan Zalina adalah pada tahun 2020 dan sewaktu berpisah dia dapat merasakan seolah-olah itu adalah pelukan terakhir daripada sahabatnya itu.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 8:00PM

Ras Adiba Radzi tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan tentang sahabatnya, Zalina Azman - Tangkapan layar video Getaran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Misi Senator Datuk Ras Adiba Radzi mencari bekas penyampai berita TV Zalina Azman yang juga rakan seperjuangannya bersama kru 999 TV3 dan pasukan Getaran pada lewat petang semalam tidak menemukan sebarang hasil. 

Pencarian selama 4 jam lebih yang turut dibantu suaminya, Mohamed Azam Ali, juga bekas kakitangan TV3, bermula dari jam 6.45 petang sehingga 10 malam tertumpu di sekitar kawasan Shah Alam termasuk kediaman Zalina di Seksyen 3. 

Ras Adiba Radzi bersama suaminya Mohamed Azam Ali - Gambar oleh Izwan Ramlan
Ras Adiba Radzi bersama suaminya Mohamed Azam Ali - Gambar oleh Izwan Ramlan

Tinjauan yang dilakukan mendapati, rumah banglo milik Zalina nampak begitu sepi dan berada di dalam keadaan sedikit berselerak.

Namun, keadaan di dalam rumahnya pula, tidak seperti rumah yang lama ditinggalkan dan hanya nampak sedikit tidak tersusun kemas, sekalipun ia sudah tidak punya bekalan elektrik. 

Rumah banglo milik Zalina nampak begitu sepi - Gambar oleh Izwan Ramlan
Rumah banglo milik Zalina nampak begitu sepi - Gambar oleh Izwan Ramlan

Biarpun misi pencarian Zalina masih gagal, namun Ras masih tidak putus asa untuk meneruskan usaha mencari rakan karibnya. 

“Zalina adalah sahabat saya sejak awal 90-an. Apabila saya terbaca tentang kehilangannya, saya beritahu diri saya bahawa saya mesti cari sahabat saya ini, walau dengan apa cara sekali pun. 

“Kakak sepupu saya, Haliza Hashim dari London yang bertanya kepada saya tentang berita kehilangan itu dan barulah kita sedar bahawa dia sudah pun hilang sejak tempoh yang dimaklumkan pihak berkuasa. 

“Ia sesuatu yang sukar diterima sebab kita orang media. Bagaimana kita boleh terlepas pandang berita salah seorang daripada kita telah pun hilang

“Dan, saya sebenarnya rasa bersalah sebab ia berlaku di bawah hidung saya dan saya langsung tidak menyedarinya,” katanya kepada Getaran. 

Ras juga memberitahu bahawa kali terakhir dia bertemu dengan Zalina adalah pada tahun 2020. 

“Waktu itu, saya dan suami sedang makan di Petaling Jaya. Kebetulan, dia ada di situ. Kami sempat berborak dan bercerita seperti tidak pernah berpisah langsung. 

“Selepas bertemu dengan dia, saya ada memberitahu sahabat-sahabat lain bahawa waktu kami hendak berpisah itu, saya rasakan pelukannya itu seperti pelukan terakhir.

“Cuma saya ralat, sebab kami tidak sempat bertemu disebabkan COVID-19, sedangkan waktu itu saya ada hubungi dia dan dia juga ada hubungi saya,” kata Ras dan air matanya juga sudah mula bergenang. 

Jelas Ras lagi, dia akan selalu diselubungi rasa bersalah kerana telah membiarkan sahabatnya itu melalui keadaannya seorang diri.  

“Kalau boleh saya ingin sekali jumpa dia. Saya tak tahu dia di mana. Orang semua kata saya gila. 'Pihak polis pun ambil waktu yang lama cari dia. Bagaimana pula kau nak cari dia?'

“Tidak apalah, biar orang panggil saya gila, saya tetap akan usaha untuk cari sahabat saya. Janji saya usaha. Kalau saya tak usaha, saya akan sentiasa rasa bersalah sampai bila-bila,” katanya dengan nada masih sebak. 

"Tidak apalah biar orang panggil saya gila, saya tetap akan usaha untuk cari sahabat saya. Janji saya usaha" - Tangkapan layar video Getaran
"Tidak apalah biar orang panggil saya gila, saya tetap akan usaha untuk cari sahabat saya. Janji saya usaha" - Tangkapan layar video Getaran

Ras bagaimanapun mengakui tidak pernah menghubungi keluarga Zalina berhubung kehilangannya itu. 

“Saya tidak berhubung dengan pihak keluarga beliau kerana saya menghormati privacy mereka. Saya cuma lakukan misi pencarian dengan suami dan sahabat terdekat serta sahabat media lain. 

“Saya ucapkan terima kasih sebab sahabat media, bersatu tenaga berkongsi informasi tentang kehilangannya itu dan rakyat Malaysia juga turut membantu. 

“Saya tidak kisah di mana beliau berada. Saya akan cuba mencari dia dan saya percaya jika kita semua bersatu, insya-Allah, kita akan dapat sedikit jawapan dan membantu pihak berkuasa,” katanya lagi.

Tidak mampu lagi menahan derai air matanya, Ras sempat menitipkan pesanan buat sahabat baiknya. 

“Kepada Zal (panggilan buat Zalina), kalau anda membaca atau melihat video saya, pulanglah. Tidak apa jika anda tidak okey. 

“Kita akan saling membantu. Tidak kisahlah, susah macam mana pun, Kalau Zal lihat dan dengar, tolonglah.. pulanglah… supaya kami dapat bantu Zal dan jaga Zal. 

“Itu sahaja yang saya pohon dan saya juga pohon kepada sesiapa yang tahu di mana Zal berada, tolonglah beritahu saya atau sahabat-sahabat kami yang lain. Sebab kami sangat risaukan keadaannya,” katanya lagi. 

Hari ini, Ras yang juga seorang aktivis masyarakat masih meneruskan misi pencarian Zalina di sekitar Bangsar. 

Zalina Azman yang juga bekas pengacara program ‘Money Matters’ dilaporkan hilang sejak November tahun lepas dipercayai masih berada dalam negara. - Getaran, 21 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Ditinggal Ibu Dalam Kereta, Kanak-Kanak 5 Tahun Disahkan Maut

2

Jelajah 4 bulan yang lalu

Immersive Winterland, Tarikan Terbaharu Di i-City Shah Alam

3

Politik 8 bulan yang lalu

Ada Penghijrahan Besar-Besaran Ahli UMNO Tak Lama Lagi - Dr Zawawi

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Mesyuarat Perkasa Unit Pemantauan 3R Dengan KPN Minggu Hadapan - Fahmi

Sorotan

1

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

2

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

3

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 3 jam yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 19 jam yang lalu

Skandal Baharu Aliff Aziz Terbongkar, ‘Ibu Terpaling’ Padam IG?

Sejak kes kecurangan anak lelakinya terbongkar, ibu kepada Aliff Aziz ini lantang mempertahankan anaknya, termasuk di media sosial

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 8 jam yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah