web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Bila Cari Pengganti'? Sempadan Antara Kebiadaban Dan Gurauan

Apakah ‘adab’ tidak terpakai di dalam jenaka?

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2022 9:45AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Biadap” demikian antara beberapa komen dan kritikan yang dilemparkan warganet kepada pelakon popular Datuk Rosyam Nor di laman sosial setelah berakhirnya Anugerah MeleTOP ERA. 

Penampilan Rosyam dan Shuib sebagai penyampai anugerah yang tidak melebihi lima minit itu telah  menimbulkan reaksi kurang senang penonton apabila Rosyam bertanyakan soalan ‘sudah ada penggantikah'? kepada Shuib yang telah pun kehilangan isterinya, Siti Sarah Raissuddin sejak 10 bulan lalu.

Insiden seminit itu bagaimanapun dipetik dan diperkatakan oleh warganet di laman sosial apalagi Shuib dilihat mengelak daripada menjawab soalan berkenaan.

Ketika insiden ini diperdebat, ia menimbulkan persoalan kewajaran sesebuah soalan itu dilontarkan. Apakah ia pertanyaan yang dianggap biadap dan sensitif atau adakah ia hanyalah sebuah gurauan manja yang seharusnya tidak difikirkan terlalu jauh dan dalam. Apakah ‘adab’ tidak terpakai di dalam jenaka?

Mari kita kembali kepada sebuah insiden di majlis Anugerah Oscars, Mac lalu apabila pelakon Will Smith menampar wajah Chris Rock yang juga seorang pelawak kerana menjadikan isterinya, Jada Pinkett Smith sebagai bahan jenaka. 

Dalam kes Shuib, tidak ada sesiapa yang melakukan keganasan fizikal di pentas anugerah itu. Cuma mungkin,  ia dianggap sensitif, apalagi bila Sarah meninggalkan kita dalam keadaan tragis.

Pelakon Farah Ahmad yang pernah kehilangan suaminya, Pitt Hanif dalam satu insiden pada tahun 2019 merasakan persoalan ‘pengganti’ adalah sangat sensitif untuk ditanya sewenang-wenangnya, apalagi di sebuah majlis yang dihadiri ramai orang.

“Soalan begitu kalau kita tanyakan kepada kawan-kawan secara berdua pun, kita pun rasa serba salah. Inikan pula pada majlis besar. Mujurkan Shuib jenis yang boleh bersabar. Kalau kena kepada orang lain, belum tentu. 

“Jika saya di tempat Shuib sekalipun saya  juga akan melakukan perkara yang sama (tidak melawan). Kerana orang lain tak faham yang kita lalui. Apabila kita kehilangan seseorang yang kita sayang, kita hadapinya dengan cara berbeza yang tidak mungkin difahami semua orang,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Pelakon filem Roh itu juga merasakan setiap individu perlu menyedari ruang di mana mereka berdiri dan berpijak kepada realiti. Ini kerana, jika sesuatu jenaka dilontarkan pada waktu dan keadaan yang silap, ia dianggap biadap.

“Jadi saya berpendapat, ini semua berbalik kepada adab. Sebelum soalan itu dilontarkan, kita perlu sedar diri dan sedar ruang. Ilmu kemanusiaan ini perlu datang dari hati. Kita sendiri patut serba salah nak tanya soalan seperti itu melainkan dia sendiri yang ceritakan. Cukuplah hanya sekadar memberikan sokongan,” tambahnya.

Pelawak dan penyanyi Mark Adam memahami situasi antara Shuib dan Rosyam itu berlaku secara bersahaja apalagi mereka berdua memang teman rapat.

“Soalan yang diberikan Rosyam kepada Shuib mungkin antara cara Rosyam prihatin kepada Shuib kerana mereka rapat. Namun masyarakat mungkin akan salah menilainya. 

“Lagipula ia bukanlah jenaka, tapi lebih kepada soalan biasa yang tak berniat menyakiti,” katanya.

Namun begitu Mark sempat mengingatkan kepada semua agar memikirkan perasaan orang lain kerana setiap gurauan boleh dianggap sebaliknya jika tersilap masa, tempat dan orangnya.

“Bagi saya, sesuatu jenaka yang seperti itu ‘menjadi’ apabila kita rapat dengan seseorang. Kalau dahulu, lawak-lawak kita lebih terbuka. Sekarang zaman sudah berubah, masyarakat kita jadi lebih sensitif. kita kena fikir dahulu perasaan orang lain sebelum kita ucapkan apa-apa,” katanya menutup temu ramah.

Jenaka penting supaya sesebuah majlis anugerah itu lebih hidup, ceria dan diingati. Namun sekiranya jenaka yang dilontarkan tidak bersesuaian dengan tempat, keadaan dan masa. Ia akan menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak dan hanya mengundang bencana. - Getaran, 8 Jun 2022

Sumber foto: Instagram Mark Adam, Farah Ahmad
 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Ulasan Filem : Air Mata Berjuraian Ketika Menonton Memoir Seorang Guru

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Selangor Tegur Kelompok Masyarakat Guna Kata Kesat, Biadab

3

Politik 2 tahun yang lalu

Calon Diminta Jaga Adab, Tutur Kata Ketika Kempen

4

Politik 2 tahun yang lalu

Buat Ciapan Biadab, PM Arah Zaki Yamani Mohon Maaf

Sorotan

1

JPJ Selangor Tahan Van, Sita Kenderaan Disyaki Terlibat Aktiviti Teksi Sapu Di KLIA

2

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

3

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

4

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

5

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

6

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 5 jam yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Muzik 1 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Malam itu, "For You Nourul" bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah perjalanan yang meraikan ketabahan, kesetiaan dan kecintaan seorang penyanyi terhadap du...