web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekas Isteri Da’i Farhan Didakwa Tipu Peniaga RM52,000

Selepas wang didebitkan ke dalam akaun mereka, tiada apa yang berlaku dan janji hanya tinggal sekadar janji.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2022 11:33AM

Nor dan Erin (kanan) - Instagram

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bekas isteri pendakwah selebriti Da’i Farhan yang dikenali sebagai Erin didakwa menipu seorang peniaga kosmetik menyebabkan kerugiaan mencecah RM52,900.

Berita tersebut didedahkan sendiri oleh mangsa, Norsiyah Kasnawi iaitu seorang pengasas produk kosmetik menerusi sebuah hantaran di laman sosial Instagram miliknya. 

Menurutnya, pengenalan bersama Erin bermula ketika wanita itu mula tular berkenaan berita pernikahannya dengan Farhan beberapa tahun lalu. 

“Bermula dari situ, lama kelamaan hubungan jadi rapat dan kami mula bekerjasama dalam perniagaan kosmetik yang saya usahakan.

“Erin bertindak sebagai pembekal produk penjagaan kulit yang dikeluarkan di bawah jenama saya sendiri iaitu N’Siya. Pada masa sama, dia turut tawarkan khidmat reka bina laman web.

“Sepanjang berkawan, mulanya saya tidak syak apa-apa. Apabila semakin rapat, dia sudah berani untuk meminjam wang, namun atas dasar percaya, saya berikan pinjaman,” akui mangsa yang lebih selesa disapa sebagai Nor.

Bukan itu sahaja, Erin yang bertindak sebagai pembekal berjanji untuk menyedia dan menyiapkan produk keluaran N’siya.

Walaupun wang pendahuluan telah didebitkan ke akaunnya, namun sehingga hari ini tiada apa-apa tindakan dilakukan Erin. 

Bukan itu sahaja, Erin juga pernah memperkenalkan seorang lelaki bernama Taufik yang kononnya akan membantunya untuk menyiapkan sebuah laman web khas perniagaannya. 

“Pun begitu, Taufik yang sudah diberikan pembayaran penuh RM12,000 masih belum menyerahkan kata kunci dan akses untuk saya mengendalikan laman web dibinanya.

“Bahkan laman web itu juga tidak seperti yang dirancangkan seperti di peringkat awal,” keluhnya.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bukit Raja, Klang untuk tindakan lanjut. Bukan itu sahaja, Erin juga bakal diheret ke mahkamah memandangkan Nor telah pun melantik peguam untuk mewakilinya bagi menuntut keadilan mengikut jalan undang-undang. 

Terdahulu, Erin berkahwin dengan Farhan di Mekah pada tahun 2019 dan mengundang kecaman warganet memandangkan isteri pertama Farhan sedang mengandung pada waktu itu. 

Namun setahun selepas itu, mereka berdua bercerai ketika Erin sedang hamil dan keguguran ketika kandungannya berusia dua bulan. - Getaran, 16 Mei 2022

Gambar: Norsiyah Kasnawi


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Promosi Judi Dalam Talian, 27 Pempengaruh Ditahan

2

Gaya 2 tahun yang lalu

Dr Cute International Labur RM30 Juta Bagi Martabat Industri Kosmetik, Kesihatan Tempatan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

JSJK Perak Tahan 11 Suspek Sindiket Penipuan Di Sebuah Hotel

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Terima 547 Laporan Kes Penipuan 3 Syarikat Pelaburan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN