Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


“Isteri Belum Hamil, Hanya Baju Sahaja Besar” - Remy Ishak 

Pelakon itu juga menegaskan sekiranya dia dan isteri ditakdirkan untuk mempunyai cahaya mata, sudah tentu perkara itu akan dikongsikan kepada semua.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 4:53PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gara-gara sekeping gambar yang dimuat naik di laman Instagram, warganet membuat spekulasi bahawa isteri kepada pelakon pujaan ramai, Remy Ishak sudah berbadan dua dan bakal menimbang cahaya mata tidak lama lagi. 

Namun, pelakon filem Sangkar itu bagaimana pun menafikan dakwaan berkenaan dan mengakui dia dan isteri, Ezza Yusof tidak merancang untuk mempunyai zuriat dalam waktu terdekat.

“Disebabkan satu keping gambar sahaja, orang terus buat spekulasi (isteri hamil). Semasa baca komen daripada netizen, saya gelak sahaja sebab sebenarnya isteri saya kuat makan. Jadi saya katalah kepada dia jangan makan banyak sangat.

"Tapi isteri saya sangkal, katanya bukan salah perut, salah baju yang besar,”ceritanya sambil ketawa kepada Getaran semasa ditemui di majlis sidang media drama 'Jangan Menangis Cinta' baru-baru ini.

Pelakon itu juga menegaskan sekiranya dia dan isteri ditakdirkan untuk mempunyai cahaya mata, sudah tentu perkara itu akan dikongsikan kepada semua.

“Kalau ada anak, tentunya saya gembira untuk kongsikan dengan semua. Namun tak ada rezeki lagi. Mungkin tahun depan,” tambahnya. 

Bakal menyambut Ramadan pertama bersama isteri, Remy mengakui masing-masing terpaksa akur dengan jadual penggambaran yang padat.

“Ramadan saya padat dengan penggambaran 'Jangan Menangis Cinta'. Ia drama 40 episod dan masih menjalani sesi penggambaran. Mungkin akhir Ramadan baru tamat. Isteri saya tak cakap apa-apa, dia faham,” katanya tersenyum.

Bakal membintangi watak Zafran dalam siri drama terbaharu terbitan Astro,  'Jangan Menangis Cinta', Remy mengakui watak lelaki angkuh dan sombong yang dibawanya ternyata tidak mudah seperti yang dibayangkan.

Karakternya dalam drama ini dilihat sangat berbeza dengan watak terdahulu iaitu hero romantis.  

Memandangkan ia sebuah karya adaptasi daripada novel terlaris Siti Rosmizah, Remy memperuntukkan masa untuk menghabiskan novel berkenaan untuk memudahkan penghayatan.

'Jangan Menangis Cinta' mengisahkan tentang Zafran yang berdendam dengan abangnya dan bertindak menikahi bekas tunang abangnya itu. Riyana lakonan Amyra Rosli terpaksa makan hati di awal pernikahan mereka. Bukan itu sahaja, mereka juga diuji dengan anak mereka yang cacat. 

Drama ini bakal ditayangkan pada 21 Mac ini menerusi Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis. Antara pelakon yang turut menjayakan drama ini ialah Rita Nadira, Halim Radzi dan Sharifah Fathimah Hawra. - Getaran, 9 Mac 2022

Gambar: Instagram @ezzarl

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Tiket Konsert ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’ Habis Terjual

oleh Rahayu MN

Selebriti 15 jam yang lalu

Ning Baizura Tampil Beri Penjelasan, Nafi Tidak Tahu Tentang Rafah

Apa yang diucapkan oleh Ning adalah respon kepada peminat ketika dia sedang bercakap tentang nama 

oleh Rahayu MN