web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Buku ‘Mawi Dalam Lautan Manusia’ Singkap Kehilangan Mawi Dalam Industri

Mawi turut mengakui bahawa di awal kemuncak populariti, dia pernah tergelincir dan tercari-cari siapa dirinya. Semuanya dijelaskan dalam buku autobiografinya itu.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2022 4:22PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sedar tidak sedar, sudah 17 tahun Asmawi Ani atau Mawi, 41, melayari kehidupan sebagai anak seni selepas pemuda kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor ini mencetuskan fenomena Tsumawi di  Akademi Fantasia Musim Ketiga (AF3) pada 2005 sehingga dijulang sebagai juara. 

Sepanjang 17 tahun menghasilkan enam album studio, membintangi empat filem, menjayakan pelbagai kolaborasi untuk single duet bersama penyanyi lain, menerbitkan beberapa produksi TV program sehinggalah bergelar pengarah untuk filem Tiada Tajuk dan Hantu Kuat Ketawa, Mawi yang sinonim dengan tagline Mawi World kini muncul pula dengan buku autobiografi.

Buku berjudul 'Mawi Dalam Lautan Manusia' itu memuatkan rentetan kisah hidup Mawi sebelum bergelar anak seni, pengalaman menyertai AF3 sehinggalah meraih populariti yang mendadak yang merubah kehidupannya dengan sekelip mata itu adalah hasil karyanya sendiri. 

Menurut Mawi, idea untuk menghasilkan buku itu sudah ada sejak beberapa tahun lalu, namun disebabkan kekangan masa, dia hanya mula menulis tahun lepas. 

“Kebetulan waktu itu kita sedang melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi saya punya masa untuk menulis dan buku ini disiapkan sepenuhnya pada hujung November lalu. 

“Saya menulis buku ini sekadar untuk berkongsi pengalaman tentang apa yang saya lalui sepanjang bergelar anak seni. 

“Apa yang saya lalui sungguh pelik. Saya tidak pernah terfikir akan jadi selebriti tetapi Allah SWT memberikan jalan ini kepada saya dengan populariti yang cukup mendadak,” katanya kepada Getaran. 

Jelas Mawi lagi, buku 'Mawi Dalam Lautan Manusia' itu dihasilkan untuk membantu mereka yang mahu menjadi anak seni agar menghadapi ujian dengan tenang. 

“Buat mereka yang mahu menjadi selebriti, hidup sebagai selebriti bukan semua menyeronokkan. Dunia selebriti bukanlah populatiri dan glamor semata-mata. 

“Di sebaliknya, ada banyak perkara yang perlu kita tahu. Perlu ada kekuatan dalaman dan kita harus kenal jati diri kita,” katanya. 

Mawi mengakui di awal kemuncak populariti, dia pernah tergelincir dan tercari-cari siapa dirinya. 

“Tapi saya cuba belajar untuk menangani kelemahan diri, cepat sedar dan lama-kelamaan kita tahu bagaimana menangani sesuatu perkara serta matang dalam membuat suatu tindakan atau keputusan. 

“Ketika itu juga, ada suatu fasa di mana saya terus menyepi dan keluar buat sementara waktu daripada industri. Saya tidak menyanyi dan tidak berlakon. Pendek kata, saya langsung tidak berbuat apa-apa. 

“Kenapa dan sebab apa saya mengambil tindakan itu, ada saya kongsikan dalam buku ini,” katanya lagi. 

Buku autobiografi Mawi itu turut mendedahkan kejadian-kejadian pelik yang pernah menghantui dirinya. 

Misalnya, misteri berkaitan penjual kitab, jambatan kayu lusuh, wanita berjubah hitam dan raja ular tedung. 

Bahkan, Mawi sendiri pernah menangis sewaktu mendengar lagunya termasuk saat menonton persembahannya menerusi skrin televisyen.  Mengapa? 

“Semua itu ada saya jelaskan dalam buku autobiografi tersebut. Buku ini banyak bercerita tentang perihal saya.  Tentang keluarga, ada saya selitkan. Tetapi tidak banyak,” kata Mawi. 

Buku 'Mawi Dalam Lautan Manusia' yang mengandungi 94 muka surat ini boleh dibeli secara tempahan awal dengan harga RM40 beserta poster percuma menerusi laman sesawang rabaklit.com.

“InsyaAllah, jika tiada aral melintang, kita akan lancarkan buku ini dalam masa terdekat dan serentak dengan itu, ia boleh didapati di kedai-kedai buku di seluruh Malaysia tetapi ia dijual pada harga RM45,” jelas Mawi. 

Mengenai Hantu Kuat Ketawa yang baru sahaja ditayangkan di Astro First pada 27 Januari lalu, Mawi berkata, dia bersyukur apabila filem kedua arahannya itu mendapat maklum balas positif daripada peminat. 

“Sejak ditayangkan pada Khamis lalu, Hantu Kuat Ketawa meraih kedudukan nombor satu dalam senarai Top 5.

“Ia adalah satu perkembangan yang cukup baik dan hingga saat ini, saya masih berusaha keras mempromosikan filem ini. Alhamdulillah, kawan-kawan pun banyak membantu,” katanya. 

Gambar: Fail dan rabaklit.com

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Benz Ali, Gerakbudaya Tunggu Perkembangan Kes Rampasan Buku

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan E-baucar Buku Fasa 1 Ditutup, 50,000 Baucar Sudah Ditebus

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pemilik Kedai Makan Tampil Jelaskan Bil Makan Ekin, Mawi

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Buku ‘Terokai Kejayaan Anak Tempatan’ Sempena Merdeka

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN