web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siti Nurhaliza Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza antara selebriti terawal yang turun padang memberi bantuan kepada mangsa banjir di sekitar kawasan Shah Alam.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2021 11:21AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza antara selebriti terawal yang turun padang bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di sekitar kawasan Shah Alam.

Menerusi kemas kini di akaun Instagram beliau, Siti berkongsi aktiviti misi bantuan bencana yang dikelolakannya bersama kakitangan syarikatnya. Turut menemani Siti ialah suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa. 

“Ya Allah. Saya tak terkata. Semoga Allah SWT permudahkan dan lindungi mangsa-mangsa banjir ini,” tulis Siti di bahagian kapsyen video yang dimuat naik.

Dalam video berkenaan, kelihatan Siti berada dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda sedang mengharungi kawasan yang masih dilanda banjir ketika dalam perjalanan menghantar bantuan di Seksyen 18, Shah Alam. 

“Saya nervous! Nervous gila!” luah Siti saat kenderaannya meredah jalan yang dipenuhi air bah.

Menerusi perkongsian di InstaStory, kelihatan Siti telah mengagihkan barang bantuan asas di beberapa buah kawasan terjejas. Siti juga sempat membantu salah seorang kakitangannya yang terkandas sejak dari Sabtu. 

Di bahagian komen, kelihatan masih ramai yang meminta bantuan dihantar ke beberapa kawasan terjejas di sekitar Shah Alam. Selain itu mereka turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Siti kerana sanggup turun padang bagi membantu mangsa yang terjejas.

Getaran turut memuji usaha murni Siti dan suami yang sentiasa prihatin dengan nasib rakyat Malaysia saat dilanda musibah seperti ini, biarpun anaknya sendiri sedang sakit pada ketika ini. 

Semoga lebih ramai lagi insan berhati mulia di luar sana yang sudi menghulurkan bantuan buat mangsa yang terkesan dengan bencana banjir ini. - Getaran, 20 Disember 2021

Gambar : Instagram @ctdk

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 22 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN