web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fizo Omar Kahwin Lagi

Pelakon Yana Samsudin tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Fizo yang selamat bergelar suami buat kali kedua semalam.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2021 12:56PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semuanya bermula apabila pelakon Fizo Omar memuat naik foto berpakaian putih bersama anaknya sehingga ramai tertanya-tanya adakah Fizo telah melangsungkan perkahwinan kali keduanya semalam?

Menerusi kasyen gambar itu, Fizo mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan 'terpakai', iaitu jejaka yang masih berstatus duda buat Sharnaaz Ahmad, Nazim Othman dan Azlee Khairi.

Selain itu, turut menarik perhatian ramai apabila akaun Instagram @Fazeeranazriaz memuat naik gambar serupa dengan kapsyen ‘Alhamdulillah’. Ramai yang membuat andaian wanita itu isteri kepada Fizo Omar dan juga merupakan bekas pramugari. 

Pagi tadi, pelakon Yana Samsudin juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Fizo atas pernikahan semalam dengan kapsyen di Instagram miliknya yang berbunyi:

“Tahniah abe joe dah settle semalam, tahniah juga buat Kamal bakal berlangsung nanti.

Aku doakan korang bahagia sehingga jannah, InsyaAllah.”

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Fizo dan mendoakan bahtera yang dibina bersama wanita pilihannya itu berkekalan selamanya. 

“Tahniah, walau saya tak tahu apa-apa,” tulis seorang peminat. 

“Selamat pengantin baru abang Joe,” kata peminat yang lain di ruangan komen

Getaran bagaimanapun telah cuba menghubungi Fizo untuk mengesahkan perkara ini namun sehingga kini belum mendapat apa-apa respons. 

Terdahulu, Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Mawar Karim namun bercerai pada  2019. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Wan Maryam. 

Sumber foto: Instagram @Fizo Omar, @Fazeeranazriaz

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 15 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN