web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Vaksin Sedia Ada Berkesan Lawan Varian Baharu COVID-19 - Pakar

Rencana Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2021 10:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemunculan varian baharu yang lebih agresif kebelakangan ini mencetuskan persoalan dalam kalangan masyarakat tentang keberkesanan vaksin COVID-19 sedia ada.

Isu itu turut menjadi perhatian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mendesak syarikat farmaseutikal agar segera memastikan vaksin keluaran mereka kekal relevan terhadap apa juga varian yang dikesan.

Di negara ini, isu keberkesanan vaksin juga hangat diperkatakan, khususnya apabila kerajaan menghentikan pemberian vaksin COVID-19 keluaran Sinovac Biotech Ltd (Sinovac), syarikat farmaseutikal dari China.

Mengulas perkara itu kepada Bernama, pensyarah kanan di Kluster Kesihatan Persekitaran, Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Nurul Yuziana Mohd Yusof berkata vaksin sedia ada, baik keluaran Sinovac, Pfizer Inc  atau AstraZeneca Plc, terbukti berupaya menghalang jangkitan yang teruk dalam kalangan individu positif COVID-19.

Katanya kajian menunjukkan vaksin berkenaan dapat melindungi individu daripada jangkitan SARS-CoV-2, iaitu virus penyebab COVID-19.

Mengenai perbezaan antara vaksin keluaran Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac, beliau berkata vaksin Pfizer dan AstraZeneca menghasilkan antibodi khusus bagi spike protein (protein pepaku) virus, sementara Sinovac pula mewujudkan antibodi meluas terhadap keseluruhan struktur virus termasuk protein pepaku.

“Spike protein berperanan seolah-olah pintu pada sel untuk kemasukan virus COVID-19, dan sebarang antibodi yang menyasarkan atau ‘melekat’ pada spike protein ini akan menghalang kemasukan virus (COVID-19) ke dalam sel tubuh kita dan seterusnya meneutralkan virus yang mana dalam keadaan ini, virus tidak boleh masuk ke dalam sel dan berganda menjadi banyak,” jelas beliau.

Menyentuh keberkesanan ketiga-tiga vaksin tersebut terhadap varian baharu COVID-19, Dr Nurul Yuziana berkata beberapa kajian yang dibuat menunjukkan dua dos vaksin Pfizer dan AstraZeneca mempunyai keberkesanan lebih 50 peratus dalam melawan varian baharu. 

“Dalam kajian yang diterbitkan New England Journal of Medicine baru-baru ini, Pfizer mempunyai keberkesanan hingga 93.7 peratus terhadap varian Alfa dan 88 peratus bagi Delta, manakala untuk AstraZeneca ialah 74.5 peratus  (Alfa) dan  67 peratus (Delta).

“Bagi Sinovac pula, setakat ini belum ada lagi data saintifik bagi melihat keberkesanannya terhadap varian baharu... berkemungkinan besar masih dalam kajian atau analisis,’’ katanya.

Beliau turut menegaskan keberkesanan suatu vaksin hanya dapat dipastikan menerusi analisis yang komprehensif merangkumi pelbagai data termasuk status vaksinasi bagi sesebuah populasi.

“Selain itu,  kita juga perlu melakukan ujian makmal untuk kenal pasti jenis varian dengan lebih terperinci berbanding kaedah penyaringan COVID-19 sedia ada seperti kaedah Real-Time Polymerase Chain Reaction secara multipleks dan analisis penjujukan DNA untuk menganalisis maklumat perubahan genetik atau mutasi virus,’’ katanya.

Pada 23 Julai lepas, Sinovac menegaskan vaksin CoronaVac keluarannya berupaya melawan varian Delta iaitu varian virus COVID-19 paling agresif dengan kadar transmisi yang sangat pantas setakat ini.

Jurucakap syarikat Liu Peicheng dilaporkan berkata meskipun belum ada lagi data tersedia mengenai kesan perlindungan vaksin itu, kajian membuktikan keberkesanannya di beberapa negara seperti Brazil, Indonesia, Chile dan Turki yang menggunakan CoronaVac secara meluas.

CoronaVac Sinovac merupakan vaksin tidak aktif dan antara vaksin COVID-19 paling banyak digunakan di dunia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kajian SSPA Ambil Kira Waktu Kerja Penjawat Awam Wanita - Anwar

2

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Ulam Raja Boleh Cegah Demensia - Penyelidik UKM

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Rencana 1 hari yang lalu

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

oleh Sophia Ahmad