web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Padamkan Api Perkauman, Kukuhkan Titik Persamaan

Rencana Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2025 12:30PM

Api perkauman yang marak menyala perlu dipadamkan demi kesejahteraan negara - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu ketika dahulu, persahabatan dan jalinan rapat bersama rakan berlainan kaum adalah senario biasa di negara ini.

Anak Melayu bebas berkunjung ke rumah rakan berbangsa India ketika perayaan Deepavali, mencicip hidangan lazat seperti kambing varuval atau jelebi. 

Tatkala Tahun Baharu Cina, kita berbondong-bondong pula ke rumah rakan Tionghua untuk menikmati enaknya kuih kapit dan kuih bangkit. 

Semangat setiakawan tanpa mengira kaum, agama dan budaya perlu disemai dari kecil - Gambar hiasan
Semangat setiakawan tanpa mengira kaum, agama dan budaya perlu disemai dari kecil - Gambar hiasan

Menjengah ke waktu petang, aktiviti anak-anak padat berisi pelbagai jenis permainan tradisional, tidak kira pemainnya adalah Muthu, Abu atau Ah Meng. 

Keakraban dan keharmonian itu begitu terserlah, lambang keunikan Malaysia yang dilatari rakyat berbilang kaum, agama dan budaya.

Namun, semua itu sudah jauh berubah. 

Prejudis Perkauman

Entah di mana silapnya, angin perkauman semakin membadai bumi bertuah ini. 

‘Jangan berkawan dengan India, mereka samseng yang ganas’.

‘Jangan pergi ke kedai Cina, memang mendapatlah ditipu peniaga’.

‘Jangan ambil Melayu bekerja, semuanya pemalas tak boleh diharap’.

Stigma negatif ini tanpa sedar semakin melekat di sanubari. 

Api prejudis semakin membakar, apatah lagi bila ada puak beraliran radikal yang sakan melaungkan ketuanan kaum tertentu. 

Mengapa begitu jadinya? 

Agama Jadi Sendaan

Zaman yang semakin maju seharusnya menyaksikan peradaban dan pemikiran manusia semakin berkembang.

Sayang seribu kali sayang, sebaliknya pula yang berlaku di Malaysia.

Rasa jengkel sesama kaum semakin menebal, apatah lagi apabila dihidangkan dengan stereotaip bangsa yang sengaja dicetuskan pihak tertentu.

Pelawak Harith Iskander baru-baru ini dikenakan tindakan kerana mempersendakan agama - Gambar Facebook
Pelawak Harith Iskander baru-baru ini dikenakan tindakan kerana mempersendakan agama - Gambar Facebook

Umum mengetahui, agama adalah isu sensitif yang tidak seharusnya dijadikan lelucon, justeru mengapa masih ada yang lancang mulutnya atau biadab tingkahnya? 

Apakah terlalu sukar untuk kita menyulam jenaka, tanpa perlu menjadikan agama sebagai bahan sendaan? 

Ahli Politik Pemecah Belah

Hanya kerana tingkah individu cetek akal yang menjadikan agama sebagai gurauan, ketegangan semakin dirasai malah sudah ada puak-puak melemparkan kenyataan pedas berbaur ancaman.

Apakah kita sudah siap jika tragedi 13 berulang? Atau apakah sememangnya ada pihak yang menunggu ia berlaku lagi?

Insiden melibatkan tiga DJ radio baru-baru ini pastinya masih segar di ingatan. 

Meskipun ketiga mereka sudah dikenakan tindakan tatatertib, ketegangan yang tercetus akibat isu terbabit masih dirasai. 

Ia diburukkan lagi dengan perbuatan segelintir ahli politik yang saling berbalas kenyataan, menyebabkan keretakan sedia ada semakin besar jurangnya. 

Apa perlunya ahli politik bersikap demikian? Mengapa terus menyimbah minyak ke dalam api yang marak sedangkan mereka sepatutnya bergerak sebagai jambatan menghubungkan rakyat? 

Hentikan Debat Libatkan Agama

Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Aro Dagang hari ini dipetik sebagai berkata, semua pihak perlu menghentikan sebarang perdebatan melibatkan agama, khususnya yang melibatkan Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M Saravanan dan pendakwah bebas, Zamri Vinoth. 

Aaron Aro Dagang - Gambar fail
Aaron Aro Dagang - Gambar fail

Menurut beliau, debat atau perbincangan yang terlalu memfokus kepada perbezaan agama berpotensi mencetuskan ketegangan dan mengeruhkan hubungan antara masyarakat berbilang agama di Malaysia.

“Perbincangan atau perdebatan yang berkaitan dengan agama tidak seharusnya diteruskan jika ia hanya bertujuan untuk mencari perbezaan dan mengabaikan usaha untuk membina perpaduan.

“Perbincangan mengenai agama seharusnya dilakukan dengan penuh rasa hormat dan kesedaran terhadap kepelbagaian dalam masyarakat kita,” katanya. 

Jelas Aaron, adalah lebih wajar jika fokus diberikan kepada usaha mewujudkan titik persamaan dan nilai-nilai universal yang dapat menyatukan rakyat.

“Adalah lebih baik semua pihak memanfaatkan platform Dialog HARMONI kendalian kementerian sebagai medium untuk memperkukuh kefahaman dan menghargai kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat dengan mengangkat titik persamaan.

“Semua pihak perlu terus berusaha untuk menjaga kestabilan negara dengan memelihara keharmonian antara kaum dan agama,” katanya. - Getaran, 10 Mac 2025

Berita Berkaitan

1

Rencana 1 hari yang lalu

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

2

Rencana 1 minggu yang lalu

Monarki Dan Kekacauan Di Negeri Sembilan

3

Rencana 2 minggu yang lalu

Kekal Subsidi RON95, Diesel ‘Talian Hayat’ Untuk Rakyat Marhaen Bernafas

4

Rencana 3 minggu yang lalu

Mengimbangi Impak Krisis Tenaga Global: Antara Langkah Segera Kerajaan Dan Realiti Kebajikan Rakyat 

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Rencana 1 hari yang lalu

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

oleh Vinod Sekhar