Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


3 ‘Peristiwa’ Penting Negara Hari Ini

Rencana Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2022 10:58AM

Hari Pekerja disambut sebagai meraikan pencapaian ekonomi dan sosial rakyat Malaysia. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tanggal 1 Mei 2022 menyaksikan tiga peristiwa penting ‘diraikan’ serentak oleh rakyat Malaysia.

Ia adalah sambutan Hari Pekerja, pelaksanaan gaji minimum RM1,500 dan penarikan semula kewajipan pemakaian pelitup muka akibat COVID-19 di kawasan terbuka.

Jika diimbas sejarah Hari Pekerja, detik istimewa itu disambut di seluruh dunia pada 1 Mei setiap tahun sebagai meraikan pencapaian ekonomi dan sosial pekerja.

Di Malaysia, Hari Pekerja diiktiraf kerajaan pada tahun 1972 melalui pengumuman Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Berdasarkan perkongsian Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), sambutan Hari Pekerja pastinya mengingatkan kita kepada kepayahan pekerja di masa lampau.

Sejarah sambutan Hari Pekerja pada tahun 1880an, menyatakan hari istimewa itu akan memberikan motivasi kepada golongan pekerja untuk mendapatkan suasana pekerjaan yang baik.

Menurut sejarah pada tahun sama, golongan pekerja di Amerika Syarikat dikerah untuk bekerja selama 12 jam hingga 14 jam sehari yang mendorong mereka mengadakan piket, mogok dan berarak di jalan raya bagi menuntut waktu lapan jam sehari, masing-masing untuk bekerja, rekreasi dan berehat.

Malah, ia banyak mengorbankan pekerja dan pemimpin kesatuan sekerja demi memperjuangkan kebajikan golongan terbabit, sehingga menyaksikan pelbagai kelebihan serta keistimewaan dicapai hari ini.

Ismail Sabri
Ismail Sabri

Berhubung pelaksanaan gaji minimum pula, Perdana Menteri menerusi pengumumannya Mac lalu memaklumkan, kerajaan meluluskan kadar gaji baharu itu pada nilai RM1,500 sebulan mulai 1 Mei, susulan kos sara hidup yang semakin meningkat dan menekan golongan B40.

Keputusan tersebut menyebabkan segelintir kesatuan majikan tidak bersetuju kerana menyifatkannya sebagai tidak adil kepada pengusaha industri keselamatan yang masih bergelut dalam proses pemulihan akibat COVID-19.

Manakala, kesatuan pekerja pastinya mengalu-alukan keputusan itu demi memperjuangkan nasib golongan berkenaan yang ada antaranya terjejas teruk dek bebanan kos sara hidup.

Biarpun menerima reaksi berbeza kerana tidak dipersetujui pihak tertentu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, tiada penundaan kepada mana-mana sektor ekonomi atau jenis pekerjaan dalam pelaksanaan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022.

Katanya, penetapan itu memandangkan kerajaan sudah memberikan bantuan kepada majikan melalui pakej bantuan COVID-19, seperti Program Subsidi Upah yang berupaya mengekalkan perniagaan dan pekerjaan.

Terdahulu, kajian semula gaji minimum dilaksanakan selaras Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) 2011 yang menetapkan ia dikaji sekali dalam dua tahun dengan mengambil kira aspek tertentu, antaranya kestabilan ekonomi, rangsangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kos serta standard kehidupan rakyat.

Kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 2020 dengan pertambahan RM100 daripada RM1,100 kepada RM1,200.

Manakala keputusan kerajaan untuk menarik balik prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup muka selepas diwajibkan sejak 1 Ogos 2022, dilihat sebagai khabar gembira buat seluruh rakyat apabila ia menandakan kes positif COVID-19 yang meragut 35,547 nyawa setakat ini semakin menurun.

Keputusan itu turut dilihat sebagai ‘hadiah’ terhadap perjuangan rakyat dan komitmen kerajaan untuk memastikan pelbagai usaha serta SOP dilaksanakan sejak pandemik melanda negara pada Mac 2020, termasuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) demi menjamin keselamatan rakyat.

Orang ramai turut melihat keputusan pemansuhan SOP secara berperingkat itu, termasuk pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis dan penjarakan sosial di lokasi tertentu, sebagai usaha ke arah mengembalikan kehidupan normal rakyat.

Menerusi pengumumannya beberapa hari lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pemakaian pelitup muka di luar bangunan tidak lagi diwajibkan bermula hari ini.

Jelasnya, pemakaian pelitup muka digalakkan di luar bangunan, terutama di kawasan sesak, seperti bazar Ramadan, pasar malam dan stadium.

Bagaimanapun, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan apabila berada dalam bangunan, termasuk gedung beli-belah dan pengangkutan awam, termasuk e-hailing. – Getaran, 1 Mei 2022

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry