web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Syukur Dapat Jalani Tarawih Di Masjid Hagia Sophia Selepas 88 Tahun

Rencana Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2022 3:05PM

Rakyat Malaysia di Turki teruja kerana buat pertama kali selepas 88 tahun berpeluang menunaikan solat sunat tarawih di Masjid Hagia Sophia, Istanbul. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas 88 tahun berlalu, kini buat pertama kali solat sunat tarawih kembali diadakan di Masjid Hagia Sophia di Istanbul.

Struktur ikonik yang memaparkan lukisan dinding dan karya seni  tidak ternilai harganya itu dibina pada tahun 532 dan ditukar kepada muzium pada 1934 sebelum memperoleh kembali status sebagai masjid pada 2020.

Masjid itu dijadual dibuka untuk aktiviti ibadah pada 24 Julai tahun sama.

Bagaimanapun, pandemik COVID-19 membantutkan usaha pembukaannya sehinggalah Ramadan tahun ini, apabila Hagia Sophia diumumkan dibuka kepada umat Islam untuk menunaikan solat tarawih.

Masjid Hagia Sophia di Istanbul. - Gambar Bernama
Masjid Hagia Sophia di Istanbul. - Gambar Bernama

Sejak pengumuman itu, pelajar Malaysia di Turki  tidak sabar untuk turut sama melaksanakan ibadah pada Ramadan.

Ahmad Haziq Husaini Muhammad, 23, dari Universiti Istanbul  gembira dan bersyukur dengan pengumuman itu, sekali gus mengimbau kembali sejarah di bangunan tersergam indah itu.

“Saya sangat gembira kerana selepas bertahun-tahun, bangunan ikonik bersejarah itu akhirnya dibuka semula sebagai masjid dan menerima kunjungan umat Islam yang ingin menunaikan solat tarawih.

“Hagia Sophia mempunyai sejarah tersendiri dan menjadi simbol keperitan umat Islam pada zaman dahulu dalam membebaskan Constantinople (kini Istanbul) dari Rom,” kata Haziq, yang juga Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di Turki (MASAT) ketika dihubungi Bernama.

“Pada pendapat saya, semua umat Islam yang berpeluang berkunjung ke sini, mereka harus merebut peluang dan merasai sendiri suasana Ramadan. Saya jamin perasaannya tidak sama seperti di kampung halaman,” kata pelajar tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Teologi Islam yang pernah bertarawih di masjid itu baru-baru ini.

Berkongsi pendapat yang sama, Norhamiza Yasmin Mohd Amri, 22, dari Altınbaş Üniversitesi turut teruja untuk ke Hagia Sophia serta mengajak rakan-rakannya untuk solat tarawih bersama.

"Pastinya Ramadan tahun ini menjanjikan pengalaman berbeza.

“Selain itu, masyarakat di seluruh dunia juga datang ke Turki untuk bercuti pada  Ramadan,” kata Norhamiza Yasmin, yang kini melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda dalam Perniagaan Antarabangsa.

Beliau merasakan pembukaan Hagia Sophia, yang turut tersenarai dalam Warisan Dunia UNESCO pada 1985, akan membolehkan lebih banyak aura positif dan menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia melawat tempat itu dan melaksanakan solat tarawih.

Menurut mereka pada minggu pertama Hagia Sophia dibuka  untuk tarawih,  jemaah membanjiri perkarangan masjid dan auranya sangat luar biasa.

Sementara itu, Duta Turki ke Malaysia Merve Kavakci berkata beliau menggalakkan umat Islam di seluruh dunia melawat Istanbul, khususnya untuk merasai peluang menunaikan solat di Hagia Sophia.

"Apa yang boleh saya katakan ia adalah satu pengalaman sukar dilupakan. Untuk peminat sejarah, pencinta seni dan lain-lain, Hagia Sophia menawarkan pengalaman mengembara menakjubkan.

"Hagia Sophia dengan status baharunya, adalah lambang bagaimana artifak budaya dan sejarah boleh dipelihara dengan baik tanpa menghaluskan nilai sejagat umat manusia," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan