Berita Terkini

2 jam yang lalu: Media Arab Saudi buat liputan lawatan PM 2 jam yang lalu: KKD beri perhatian bendung penyebaran ekstremis militan 2 jam yang lalu: PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok 2 jam yang lalu: MAIWP sumbang RM1.7 juta bantu golongan mualaf 2 jam yang lalu: 4 kanak-kanak maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Muar - Bomba

IKUTI KAMI


Kotak Khas Disediakan Untuk Elak Harumanis Rosak

Rencana Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2021 12:12PM

Gambar dari twitter Jabatan Pertanian Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi memastikan mangga Harumanis terus unggul sebagai produk istimewa negeri, Jabatan Pertanian Perlis melaksanakan beberapa penambahbaikan untuk menjaga kualiti premiumnya.

Pengarah Pertanian Negeri Perlis Hafizuddin Othman berkata antara penambahbaikan dilakukan adalah memperkenalkan kotak berkualiti tinggi agar buah Harumanis yang dihantar secara kurier tidak cepat rosak.

“Bagi memastikan buah dihantar secara kurier tidak cepat rosak, kita telah memperkenalkan kotak keras iaitu kotak tiga lapis yang lebih tahan lasak ,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Selain itu, Jabatan Pertanian Perlis turut mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat kurier untuk memperbaiki proses penghantaran buah.

“Beberapa syarikat kurier bersetuju menyediakan rak khas dalam lori penghantaran mereka  agar buah tidak cepat rosak di samping menyediakan pusat  penghantaran bagi memudahkan petani menghantar produk mereka dengan cepat dan tidak perlu bersesak di kaunter,” katanya.

Menurut beliau, ada syarikat kurier yang bersetuju untuk menggantikan buah yang rosak akibat kelewatan penghantaran.

 “Mereka (syarikat kurier) memberi jaminan bahawa buah akan dihantar dalam tempoh tidak lebih daripada empat hari,” katanya. 

Hafizuddin berkata bagi memastikan buah Harumanis kekal premium pihaknya menganjurkan taklimat pengurusan agar petani menjaga kualiti produk bermula daripada proses menjaga bunga, putik buah, proses menuai buah hinggalah ke proses menghantar buah sama ada menerusi pos atau serahan tangan.

Sementara itu, Hafizuddin berkata pada musim lepas, Jabatan Pertanian Perlis menerima aduan berkaitan penjualan Harumanis Perlis secara haram oleh bukan penanam yang membeli buah dari negeri lain dan menjualnya sebagai Harumanis Perlis bagi mendapatkan harga tinggi.

Bagi memastikan perkara ini tidak berulang, beliau berkata pihaknya akan mengadakan taklimat secara maya di laman Facebook bagi mendidik masyarakat tentang cara betul pengurusan mangga Harumanis.

Musim Harumanis di Perlis dijangka bermula akhir bulan April hingga pertengahan Jun ini. - Bernama

Sorotan

1

Perkhidmatan Kesihatan Servis Kritikal, Babitkan Nyawa, Jangan Rosakkan Dengan Mogok 

2

Cakna Jenis Ikan Buntal Elak Kematian, Pastikan Penjual Berpengetahuan Sebelum Beli

3

Ahmad Zahid Sahkan Sulaiman Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka