web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pesara Jana Pendapatan Sampingan Hasil Ternak Kelulut Keliling Rumah

Bermula sekadar hobi menjadikan lima log kelulut sebagai hiasan di sekeliling rumah, seorang pesara kini mampu tersenyum lebar apabila hobinya kini menjadi sumber pendapatan sampingan.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2021 9:48AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bermula sekadar hobi menjadikan lima log kelulut sebagai hiasan di sekeliling rumah, seorang pesara kerajaan kini mampu tersenyum lebar apabila usahanya dalam menternak kelulut kini menjadi sumber pendapatan sampingan. 

Mohd Nashir Yaacob, 62, berkata dalam tempoh pandemik COVID-19, permintaan madu kelulutnya itu semakin meningkat kerana khasiat dimiliki seperti mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi.

Ditemui di rumahnya di Kampung Che Arus, Kok Lanas, di sini hari ini, Mohd Nashir berkata beliau mengadaptasi kemahiran yang dimiliki sebagai pengajar peserta kursus penternakan lebah kelulut ketika bertugas di Jabatan Pertanian Negeri Kelantan untuk mencipta taman hijau di sekeliling rumahnya selepas bersara pada 2012.

"Jumlah log kelulut saya pernah mencecah 300, namun kini hanya tinggal 50 berikutan ada yang berminat membelinya," katanya.

Bercerita lanjut, Mohd Nashir yang mesra disapa sebagai Pok Sir berkata usaha secara santai dan niat mahu berbaik dengan alam semulajadi di sekeliling rumah itu turut menjadi terapi dirinya dalam tempoh sekatan pergerakan ketika ini.

Mohd Nashir Yaacob atau lebih dikenali sebagai Pok Sir telah menternak kelulut sejak tahun 2021
Mohd Nashir Yaacob atau lebih dikenali sebagai Pok Sir telah menternak kelulut sejak tahun 2021

"Kerja-kerja menyedut madu kelulut dilakukan setiap dua atau tiga minggu sekali dengan purata tuaian setiap log kelulut itu antara 700 hingga 800 gram. Madu yang dituai kemudiannya akan dimasukkan ke dalam botol untuk dijual kepada pelanggan secara runcit atau borong.

"Dalam masa sama, saya juga memprosesnya menjadi produk sabun berasaskan madu kelulut yang turut mendapat permintaan tinggi," katanya yang memiliki lima anak.

Ditanya rahsia mampu terus aktif dalam penternakan madu kelulut, Mohd Nashir berkata perkara utama ialah kesesuaian kawasan dan penjagaan terutamanya sumber makanan bagi keselesaan lebah kelulut menghasilkan banyak madu serta berkhasiat.

"Di sekitar kawasan rumah ini, saya pastikan ada pokok-pokok yang disukai oleh lebah kelulut seperti bunga kelapa, bunga jambu, bunga rambutan dan bunga akasia kerana kualiti madu pula ditentukan oleh jumlah bunga yang dikunjungi oleh seekor lebah kelulut," katanya mendapat sokongan isteri, Ramlah Salim, 62. - Bernama

Semua gambar: Habsah Ismail/ Bernama

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN