Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Angka Jangkitan Tak Juga Reda, Apa Cerita ‘Emcee’ Majlis Kahwin?

Keadaan pandemik di negara kita masih tidak kelihatan jalan terangnya, adakah nasib para pengendali majlis perkahwinan akan menemui kegelapan yang sama?

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2021 2:54PM

Gambar: Instagram @mokhtar.mdnor dan @syazmantajuddin

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kalau dulu, perniagaan berkaitan perkahwinan selalu menjadi perhatian. Mana tidaknya, tak kiralah zaman berubah macam mana sekalipun, ia tetap perniagaan yang menguntungkan kerana majlis perkahwinan memang tidak putus-putus diadakan. 

Namun siapa sangka, pandemik merubah keadaan ini semua. Perniagaan berkaitan perkahwinan terjejas teruk memandangkan tiada aktiviti keramaian dibenarkan dalam keadaan yang semakin genting ini. 

Jadi, bagaimana agaknya khabar mereka yang selama ini bergantung mata pencarian dalam bidang ini? 

Keadaan pandemik di negara kita masih tidak kelihatan jalan terangnya, adakah nasib para pengendali majlis perkahwinan akan menemui kegelapan yang sama? 

Getaran sempat berbual dengan Mokhtar Md Nor yang memang merupakan seorang pengendali majlis resepsi perkahwinan profesional. 

Walaupun ini merupakan kerja sambilannya, namun Mokhtar mengakui bahawa wang hasil menjadi pengendali majlis dan pengacara ini jauh lebih lumayan dan mampu memberikan keselesaan kepada dirinya sekeluarga berbanding pekerjaan hariannya.

Sejak tiada majlis perkahwinan diadakan sepanjang pandemik, Mokhtar hanya bergantung mata pencarian dengan pekerjaannya sebagai penjual alat elektronik sahaja. 

“Alhamdulillah saya masih ada kerja. Jadi pendapatan saya tidaklah terputus serta merta. 

“Cuma dahulu hasil pendapatan saya bekerja sebagai pengendali majlis kahwin jauh lebih tinggi dan mampulah untuk menyara hidup sekeluarga. Apalagi buat kami yang tinggal di kota memerlukan lebih banyak belanja,” tambahnya.

Mengakui rindu untuk beraksi di majlis kahwin, pemilik Serambi Audio and Event ini bagaimanapun pasrah dengan keadaan semasa. 

Barang-barang elektronik yang digunakan sewaktu majlis seperti set karaoke dan pembesar suara sesekali dipasang di rumah untuk hiburan mereka sekeluarga.

“Barang-barang elektronik ini tetap kena pasang juga, kalau tidak nanti ia rosak. Saya berkali-kali juga terfikir nak jual semua peralatan elektronik saya. Dapatlah juga membayar apa yang patut. Tapi, siapa pula yang nak beli dalam keadaan sekarang ini? 

“Kalau saya nak jual pun, sudah tentu permintaan barangan ini akan datang daripada kelompok kami juga. Kami pun sama-sama menghadapi masalah yang sama,” ceritanya lagi kepada Getaran. 

Merasakan lebih ramai lagi orang yang mengalami nasib jauh lebih buruk, Mokhtar mengajak orang ramai agar tidak patah semangat. 

“Buatlah apa sahaja yang terdaya untuk teruskan hidup. Kalau perlu bertukar bidang, tukarlah. Jadilah penghantar makanan atau pemandu Grab sekalipun. Asalkan kita semua ada duit untuk makan dan teruskan kehidupan,” katanya. 

Namun begitu, nasib yang dialami oleh Syazman Tajuddin jauh lebih mencabar memandangkan dia memang bergantung sepenuhnya kepada bidang ini sebagai sumber pendapatan.

“Waktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan merasalah juga untuk adakan majlis. Adalah juga pendapatan waktu itu. Namun bila keadaan makin buruk, ia memang meresahkan. 

“Untuk meneruskan hidup, saya memang bergantung sepenuhnya kepada wang simpanan saya hasil dari perniagaan ini yang sudah saya mulakan enam tahun sudah. Tapi lama kelamaan wang saya juga sudah semakin menyusut,” katanya membuka cerita.

Tidak mengalah dengan hidup, pemilik MSCR Edutainment ini melakukan pelbagai jenis pekerjaan seperti menjadi pengantar barang. 

Namun begitu, Syazman mengakui ia tetap tidak mencukupi untuk menampung hidupnya sekeluarga. Bukan itu sahaja, pada bulan Julai yang lalu, Syazman berdepan dengan ujian hebat apabila terdapat ahli keluarganya yang meninggal akibat COVID-19.

Tidak bersedih terlalu lama, Syazman meneruskan hidup dengan membantu abangnya mengusahakan sebuah kedai menjual ayam golek di Puncak Alam sebagai sumber pendapatan. 

Mereka sedang merancang untuk meluaskan lagi perniagaan mereka termasuklah dengan menghasilkan produk makanan tahan lama.

“Bukan mudah sebenarnya untuk seseorang yang memang sejak dahulu bekerja dalam bidang ini kemudian kena bertukar dan bekerja di bidang yang lain. Ia memerlukan masa dan keberanian untuk beradaptasi dengan perkara baru. 

“Tak semua orang tahu bagaimana nak melakukannya. Tapi untuk saya, suka atau tidak, saya kena lalui semua ini,” ceritanya.

Syazman dan Mokhtar adalah antara individu yang terkesan hebat sejak pandemik melanda. Namun, kami percaya lebih ramai lagi yang mengalami nasib serupa mereka di luar sana. 

Syabas dan terima kasih kami ucapkan kerana anda selalu tabah dan memilih untuk berusaha meneruskan kehidupan pada era yang serba mencabar ini. Anda sememangnya manusia yang kuat! - Getaran, 6 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi