web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tip Untuk Golongan Belia Mengharungi Norma Baharu Di Pasaran Kerja Tempatan

Golongan belia terutama yang baru sahaja menamatkan pengajian harus bersaing dengan pekerja berpengalaman yang turut memburu pekerjaan akibat kehilangan punca pendapatan gara-gara COVID-19. 

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2021 2:30PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengangguran belia merupakan isu yang masih sukar diatasi di Malaysia. Pada 2018, Jabatan Perangkaan Malaysia mencatatkan kira-kira 162,000 graduan yang menganggur. Kini, dengan situasi pandemik COVID-19 yang semakin memburuk, pasaran pekerjaan juga kian mengecil. 

Golongan belia, lebih-lebih lagi yang baharu sahaja menamatkan pengajian harus bersaing dengan pekerja berpengalaman yang turut memburu pekerjaan akibat kehilangan punca pendapatan gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berterusan. 

Sedangkan para graduan pun susah untuk mendapatkan pekerjaan pada hari ini, bayangkan betapa sukarnya lagi bagi golongan rentan. Terutamanya mereka yang tidak tamat sekolah akibat masalah kewangan atau ketidakmampuan untuk menyelesaikan pengajian di peringkat tinggi.

Gambar KOBU Agency, Unsplash
Gambar KOBU Agency, Unsplash

Golongan belia tempatan terutamanya yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah atau B40 biasanya memilih untuk berhenti sekolah. Menurut tinjauan yang dijalankan baru-baru ini oleh Manforce Group Berhad (syarikat penyedia penyelesaian pekerja asing terkemuka di Malaysia), 85.5% daripada 404 peserta berusia antara 18 hingga 34 tahun memilih untuk berhenti sekolah kerana hilang minat untuk belajar, ingin mencari rezeki buat keluarga serta tidak mahu membebankan keluarga.

Namun, apa yang tidak terlintas di fikiran mereka adalah kesan jangka panjang yang bakal dihadapi. Mereka mungkin melalui pelbagai kesukaran di dunia pekerjaan yang semakin mementingkan pendidikan dan kemahiran. 

Ini menimbulkan persoalan - bagaimana mereka boleh menyesuaikan diri dalam industri pekerjaan  tanpa memiliki sijil dan kemahiran yang relevan dalam jangka masa panjang? Bagaimana mereka mahu bersaing dalam pasaran kerja ‘norma baharu’ yang amat mencabar? 

Graduan baharu masih mampu mencari peluang pekerjaan dan mendapatkan berita terkini tentang pasaran kerja melalui laman web yang berkaitan. Sementara kumpulan rentan bukan sahaja mempunyai masalah untuk mendapatkan akses ke portal pekerjaan, malah mereka mungkin tidak begitu mahir menggunakannya. 

Gambar Glenn Carstens-Peters, Unsplash
Gambar Glenn Carstens-Peters, Unsplash

Bukan setakat itu, dengan tahap pendidikan dan kemahiran yang tidak seberapa, golongan rentan menghadapi lebih banyak kesukaran dalam pencarian kerja. Selain itu, majikan yang cenderung menggaji pekerja asing lebih menyusahkan anak tempatan untuk mengisi peluang pekerjaan yang ada. 

Majikan lebih suka menggaji pekerja asing atas sebab kesetiaan mereka dan juga kerana belia tempatan selalu dianggap bersifat manja.

Memandangkan situasi semasa yang sangat mencabar bagi semua pihak, kita memerlukan penyelesaian yang dapat memanfaatkan majikan dan golongan belia terutamanya kumpulan rentan. 

Bagi mereka yang masih berusaha untuk mencari pekerjaan berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu diambil kira:

1) Jangan memilih, pentingkan fleksibiliti

Pada waktu yang mencabar seperti ini, penting untuk berfikiran terbuka dan kekal fleksibel dalam pencarian kerja. Walaupun keselamatan pekerjaan adalah faktor penting yang harus diutamakan, anda perlu memahami bahawa ekonomi hari ini masih tidak stabil berikutan setiap perniagaan berjuang untuk bertahan akibat penangan Covid-19. 

Jangan terlalu memilih kerana sikap ini akan menyebabkan pengangguran yang berterusan. Ingatlah bahawa pengetahuan tentang sesuatu pekerjaan atau industri sememangnya penting, tetapi kemahiran praktikal juga mampu menambah nilai anda sebagai seorang pekerja!

2) Latih kemahiran anda dan teruskan belajar

Gambar American Heritage Chocolate, Unsplash
Gambar American Heritage Chocolate, Unsplash

Bak kata Steve Jobs, ‘stay hungry, stay foolish’. Pembinaan kemahiran yang pelbagai dapat meningkatkan daya tarikan anda di mata majikan. Sebagai penyelesaian bagi masalah pemberhentian sekolah, program pencegahan dan ‘peluang kedua’ telah dibangunkan demi membantu dan menghubungkan semula golongan belia yang tidak berpendidikan tinggi ke dunia pekerjaan. 

Terdapat beberapa program peluang kedua boleh diterokai mereka yang berhenti sekolah, tidak dapat melanjutkan pelajaran akibat masalah kewangan atau mereka yang menganggur. Salah satunya Program Pembangunan Insan Malaysia (MDUP) yang telah diaktifkan oleh Manforce Group. MDUP dilancarkan pada Februari 2020 sebagai jalan penyelesaian untuk golongan belia mengembangkan kemahiran melalui latihan industri asas demi meningkatkan peluang pekerjaan. 

Sehingga Mac 2021, Manforce Group berjaya melatih kumpulan graduan pertama mereka yang terdiri daripada lebih 70 individu, dengan 70% graduan yang telah memulakan kerjaya di syarikat perkilangan seperti Maxter Glove, Panasonic, George Kent dan lain-lain, sementara selebihnya memilih untuk meneruskan pengajian.

3) Motivasi adalah kunci kejayaan

Tetapkan sasaran yang kukuh dan fahami apa yang anda mahukan dengan memberi tumpuan kepada peluang yang wujud dalam dunia pekerjaan dan pengajian.

Jangan menahan diri dan terus berusaha mencapai matlamat baharu. Motivasikan diri untuk berjaya kerana kejayaan itu mampu membahagiakan anda. 

4) Kekal berdisiplin ketika bekerja jarak jauh

Gambar Chris Montgomery, Unsplash
Gambar Chris Montgomery, Unsplash

‘Norma baharu’ bermaksud banyak syarikat baru-baru ini telah memberi pilihan kerja jarak jauh (bekerja dari rumah) untuk pekerja mereka. Kebanyakan pengambilan pekerja pada waktu ini adalah untuk pekerjaan jarak jauh. Dengan cara kerja sebegini, tanggungjawab perlu dipikul dengan sebaiknya oleh golongan pekerja untuk meraih kepercayaan majikan. 

Antara ciri paling penting untuk pekerja jarak jauh adalah disiplin. Dengan tidak hadir ke pejabat secara fizikal, seseorang itu mungkin bebas daripada gangguan rakan sekerja dan politik pejabat tetapi tidak mungkin mereka terlepas dengan masalah tersendiri.

Tidak dapat dinafikan bahawa golongan belia rentan mungkin tidak bersuara dan tidak berdaya untuk memulihkan keadaan, namun mereka tidak patut dipinggirkan. Mereka perlu dibantu dan diberi peluang untuk berhubung dengan pasaran kerja secara praktikal supaya boleh mendapatkan penyelesaian terbaik. - Getaran, 23 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ceroboh Masuk Kaunter Stesen MRT, Penganggur Dipenjara 2 Bulan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Kerajaan Tidak Bercadang Laksana Semula PKP - Dr Dzulkefly

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Google - M'sia Jalin Kerjasama Wujud 300,000 Peluang Pekerjaan Menjelang 2026

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN