Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Respons Terhadap Sesuatu Ujian

Coretan hari ini ingin mengambil kesempatan untuk memberi idea kepada semua pembaca berkenaan bagaimana respons yang perlu kita zahirkan apabila ujian datang menimpa.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2021 3:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PKP kembali menyapa rakyat Malaysia. Terima atau tidak, ia tetap perlu ditelan oleh seluruh lapisan masyarakat. Pengumuman kerajaan ‘total lockdown’ menunjukkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi.

Pasti pengumuman ini memberi kesan kepada beberapa keadaan masyarakat Malaysia terutamanya peniaga-peniaga kecil dan golongan B40 di Malaysia.

PKP menjadi takdir yang perlu ditelan oleh golongan-golongan ini. Namun PKP kali ini, kerajaan masih membenarkan peniaga berniaga walaupun dihadkan waktu penjualannya.

Sedikit sebanyak memberi nafas lega kepada mereka. Maka benar, suka atau tidak ujian yang menimpa sebegini perlu ditempuhi.

Coretan hari ini ingin mengambil kesempatan untuk memberi idea kepada semua pembaca berkenaan bagaimana respons yang perlu kita zahirkan apabila ujian datang menimpa.

Pertama, kita perlu sedar keputusan ini dibuat setelah mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.

Bermakna keputusan ini ada sebabnya bukan dibuat saja-saja oleh pihak kerajaan setelah menimbang implikasi sewajarnya. Namun respons kita kepada keputusan ini bagaimana. Sama ada bantahan yang diterima kerajaan itu benar-benar datang dari hati atau ada agenda sebaliknya.

Hal ini sama juga gambaran dalam kehidupan seharian kita. Pasti dalam diri kita sebagai manusia, ada sahaja perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian yang tidak senang pada perkiraan kita. Sama ada sesama ahli keluarga, rakan sekerja atau kehidupan bermasyarakat kita.

Kita perlu sedar sesuatu itu berlaku bukan saja-saja ia berlaku, pasti ada sebab. Seperkara lagi, ketidaksenangan yang kita kira itu adakah untuk kebaikan bersama atau sekadar menunjuk kuasa. Sama-sama kita renungkan.

Kedua, saya ingin memetik peringatan Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad bertajuk ‘Guna Bayangan Minda Jadi Insan Positif’. Beliau mengajak kepada kita untuk menjadi orang yang sentiasa positif.

Walaupun ianya bukan sesuatu yang mudah tetapi ia boleh dilakukan oleh semua orang. Yang payahnya bila diri kita dikelilingi oleh orang yang bersifat negatif. Kekadang aura negatif tu duk memanggil-manggil. Namun respons kita kepada sesuatu itu bagaimana. Contoh lihatlah komen-komen di media sosial. 

Tuan-tuan, bila kita dah mula berkawan dengan sifat negatif ni, hidup akan menjadi tidak seronok. Semua benda kita nampak negatif. Hidup jadi tidak selesa. Ya la, tang mana nak seronoknya kalau dah hidup selalu fikir negatif ?

Berbeza kalau kita mempunyai sifat positif. Orang positif ni, bangun pagi-pagi dah nampak kebahagiaan. Nampak senyuman di wajah mereka. Aura positif itu menarik bahagia dalam hidup mereka. Bila selalu rasa happy, rasa seronok, rasa tenang, hidup akan menjadi lebih bahagia.

Kita boleh kenal diri kita ini berada di mana. Kalau orang ramai mahu berdekatan dengan kita, bermakna aura positif tu ada pada kita. Tapi jika sebaliknya, semak balik diri tuan-tuan, betulkan mana yang tak betul.

Ketiga yang perlu kita buat ialah yakin bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Terimalah pilihan Allah SWT dengan hati gembira, sebab kita tidak tahu hikmahnya.

Boleh jadi kesulitan yang kita timpa itu terus-menerus menerpa kita. Namun respons kita kepada sesuatu ujian itu bagaimana.

Kita perlu ingat, Allah SWT datangkan ujian untuk kita kuat, Allah SWT tangguhkan sesuatu supaya kita sabar dan Allah SWT hilangkan sesuatu supaya kita redha.

Boleh jadi setelah diasak dugaan barulah manusia sedar bahawa dirinya amat lemah dan tidak berdaya. Itulah hikmah mengapa Allah SWT menguji, supaya tumbuh jiwa ‘hamba’ dalam diri kita.

Penulis teringat sepotong hadis riwayat Muslim yang popular berkenaan respons seorang mukmin bila berdepan ujian :

Dari Abu Yahya, Shuhaib bin Sinan RA berkata baginda Rasulullah SAW bersabda: Amat hairan sekali keadaan orang mukmin itu, sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak diperolehi melainkan hanya untuk orang mukmin iaitu apabila dia mendapatkan kelapangan hidup, dia pun bersyukur, maka hal itu adalah kebaikan baginya, sedang apabila dia ditimpa oleh kesukaran iaitu yang merupakan bencana dia pun bersabar dan hal ini pun adalah merupakan kebaikan baginya.

Hadis di atas menunjukkan kepada kita tiada pilihan sebagai seorang hamba melainkan bersyukur atau bersabar. Dua sifat ini menunjukkan keyakinan seorang hamba terhadap hikmah yang disiapkan berserta ujian. Itulah sifat orang yang beriman.

Bila ditimpa kenikmatan, orang yang beriman akan bersyukur. Bila ditimpa kesusahan, mereka akan bersabar. Sangat cantik panduan yang diberikan oleh Rasulullah SAW ini.

Keempat, perancangan sesudah berlaku sesuatu ujian. Kalau sebelum ini kita sedih dengan segala ujian yang ditempuhi, apakah kita mahu diri kita terus dibelenggu dengan kesedihan.

Seseorang yang terus membiarkan dirinya dalam kedukaan sebenarnya menunjukkan dirinya tidak menerima ketentuan.

Justeru, apa yang perlu kita lakukan ialah rancang kehidupan yang lebih baik selepas sesuatu ujian menimpa. Kesedihan itu lumrah kehidupan, bangkit dari kegagalan itu juga satu tuntutan.

Bagi peniaga-peniaga yang terkesan terus dek PKP ini, penulis suka untuk memberi idea kepada pembaca untuk mengikuti kelas-kelas untuk meningkatkan jualan kalian.

Sertai kelas-kelas yang dianjurkan secara maya untuk meningkatkan perniagaan kita walaupun pada musim PKP ini. Cari guru atau mentor yang mempunyai proven result dan dipercayai mampu membantu tuan-tuan.

Sebagai contoh kelas anjuran Dr Azizan Osman yang dilihat telah berjaya melahirkan ramai ahli perniagaan yang berjaya. Semoga jalan ini boleh membantu kalian kala musim PKP ini.

Akhir sekali, penulis tinggalkan senarai di bawah ni untuk anda semua ‘pakai’ :

  • Start your day dengan niat kerana Allah – Niat nak jadi orang yang beriman.
  • Saya tak boleh ubah sesiapa tetapi saya hanya boleh ubah diri saya sahaja.
  • Gembirakan semua makhluk Allah – siapa ada kucing bagi makan kucing, siapa ada anak bagi anak-anak pujian, siapa ada komuniti, gembirakan komuniti, love your community and love you children.
  • Latih diri untuk menerima teguran , bukan memberi teguran.
  • Teguran itu rezeki, fokus nak dapat teguran bukan sibuk nak menegur orang.
  • Jika orang beri feedback – minta maaf pada dia dan pasti ada salah kita disitu. Pasti ada salah kita – jangan rasa diri baik.
  • Jangan cepat nak hukum orang – setiap orang tak sama.
  • Jangan bajet bagus, doa pada Allah. Doa dan menangis. Minta Allah ubah kita jadi lebih baik.
  • Doakan orang lain juga. Jangn dengki pada orang. Apa yang kita dengki, apa yang kita dengki itu yang kita takkan dapat. Dengki tengok orang bahagia, kita takkan dapat bahagia tu. So, jangan ada rasa dengki.
  • Bila ada masalah, close your eyes dan bayangkan masalah itu jadi okey - buang perkataan risau takut tu semua.
  • Jangan fokus pada isu – Fokus pada Solution !!

Sekian, wassalam. - Getaran, 11 Jun 2021

Semua gambar hiasan: Gambar Fail

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi