web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Media Sosial 'Senjata' Abdallah Berjihad Lawan Rejim Zionis

Walaupun jauh dari tempat asalnya, Abe Loh cekal memberi maklumat mutakhir tentang Palestin kepada rakyat Malaysia menggunakan laman Facebooknya. Bonus-- perkongsiannya dalam loghat Kelantan!

Refleksi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2021 9:00AM

Gambar: fotoBERNAMA/Shahuri Saidi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun berada beribu batu jauh dari tempat asalnya di Gaza, Palestin, Abdallah Ismail tetap meneruskan perjuangan serta jihadnya melawan rejim Zionis ‘bersenjatakan’ media sosial.

Lelaki berusia 35 tahun itu, yang menetapkan di Kampung Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini sejak 2014 selepas mendirikan rumah tangga dengan wanita tempatan di sini, berkata adalah menjadi tugasnya 'berperang' dengan menyampaikan maklumat sebenar serta situasi semasa di bumi Palestin.

Kelibat Abdallah mula tular dalam Facebook sejak Sabtu lepas, apabila beliau bersiaran langsung menceritakan perkembangan mengenai Gaza dalam loghat Kelantan.

Videonya itu telah dikongsi lebih 21,000 serta ditonton lebih 134,000 pengguna akaun media sosial tersebut, setakat 1.30 tengah hari tadi. “Ini menjadi tanggungjawab saya untuk menyebarkan berita sahih.

Memang ramai yang sokong (Palestin) tetapi masalahnya bukan semua orang tahu keadaan sebenarnya," katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdallah, yang juga fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia, berkata media sosial menjadi platform kepadanya untuk berkongsi pengetahuannya tentang fakta, sejarah serta berita terkini terutamanya apa yang berlaku di Masjid Al-Aqsa dan kawasan kejiranan Syeikh Jarrah kepada orang ramai.

"Tambahan pula, sejak kebelakangan ini, saya merasakan ada banyak berita palsu malah ada segelintir pihak cuba membuat fitnah terhadap Palestin.

“Oleh itu memerangi berita palsu ini amat penting. Sumber maklumat saya adalah media Arab, media tempatan di sana, berita radio Gaza dan juga media antarabangsa,” katanya yang mengusahakan perniagaan makanan bersama isterinya.

“Saya akan pasti fakta dan yakin 100 peratus sebelum berkongsi maklumat dengan warga media sosial. Malah, saya juga berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan di Gaza untuk mendapatkan perkembangan situasi dari semasa ke semasa," katanya.

Beliau turut menegaskan apa yang dilakukan itu bukan berniat untuk mengutip derma tetapi hanya untuk menceritakan perkembangan semasa di bumi Gaza supaya lebih ramai orang memahami dan mengetahui perkara sebenar perjuangan rakyat Palestin dan kekejaman rejim Zionis.

Abdallah menjelaskan selain sumbangan kewangan, pakaian dan makanan daripada orang ramai, apa yang paling diperlukan penduduk Gaza ketika ini adalah doa daripada seluruh saudara Islam.

“Sebagai umat Islam, kita percaya dan yakin bahawa doa orang ramai paling bermanfaat," katanya sambil memberitahu bahawa bekalan ubat dan fasiliti hospital di Gaza juga tidak mencukupi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Semasa 3 hari yang lalu

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Lelaki Ditemui Dengan Kesan Tikaman Di Dagu, Leher, Perut

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Lombong Emas Haram: 2 Maut Tertimbus Tebing Runtuh

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi