web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mengejar Lailatul Qadar, Amalan Yang Boleh Dilakukan

Pada malam Lailatul Qadar, disunat dan digalakkan meraih waktu mustajab ini dengan memperbanyakkan doa untuk memohon keampunan daripada Allah SWT.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 6:56PM

Lailatul Qadar adalah satu malam yang sangat istimewa dan luar biasa bagi umat Islam, justeru mohonlah keampunan kepada Allah. - Gambar oleh Sairien Nafis

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hanya tinggal seminggu lagi, Ramadan bakal meninggalkan kita semua. Begitu pantasnya masa berlalu.  

Penghujung Ramadan ini adalah waktu yang paling mustajab untuk kita terus meningkatkan amalan. Pahala yang dijanjikan oleh Allah berlipat kali ganda, khususnya pada satu malam yang cukup istimewa kepada umat manusia, Lailatul Qadar. 

Lailatul Qadar (لیلة القدر‎) adalah malam yang sangat ditunggu-tunggu oleh orang-orang yang beriman. Lailatul Qadar cukup istimewa kerana ianya dinamakan sendiri oleh Allah SWT di dalam Al-Quran dengan mengkhususkan satu surah yang dinamakan surah Al-Qadr bagi menjelaskan kepada manusia akan kewujudan malam yang cukup indah ini. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya di malam Al-Qadr. Apakah kamu tahu apa itu malam Al-Qadr? Malam Al-Qadr adalah lebih baik daripada seribu malam. (pada malam tersebut) Para malaikat dan Al-Rub (malaikat jibrail) turun padanya dengan izin tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Sejahteralah malam tersebut sehingga terbit fajar.” (surah Al-Qadr: 1-5)

Rasulullah SAW bersabda: “Pada saat berlakunya Lailatul Qadar itu, malam terasa jernih, terang, tenang dan cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya, matahari terbit dengan jernih terang- benderang tanpa tertutup sesuatu awan.” (Hadis riwayat Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi).

Bagaimanapun, tiada sesiapa pun yang tahu tentang tarikh sebenar malam Lailatul Qadar ini. Ia adalah rahsia Allah. Para ulama juga berbeza pendapat bagi menentukan tarikh yang tepat berkaitan dengan Lailatul Qadar ini.

Namun, mereka sepakat menyatakan bahawa malam seribu bulan ini berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan dan pada malam ganjil iaitu, 21, 23, 25 dan 27 Ramadan. 

Malam ke-21 sudah pun berlalu dan malam ini kita akan melalui malam ke-23 dan seterusnya ke 25 dan 27. Syukur Alhamdulillah kerana masih dipinjamkan nyawa untuk meneruskan pecutan di akhir Ramadan ini.

Berikut 3 amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam mencari malam Lailatul Qadar.

1. Melakukan Solat Malam (Qiamullail)

Melakukan qiamullail di masjid bagi mengejar malam Lailatul Qadar. - Gambar oleh Azim Rahman
Melakukan qiamullail di masjid bagi mengejar malam Lailatul Qadar. - Gambar oleh Azim Rahman

Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya: Adalah Rasulullah SAW apabila masuk pada sepuluh akhir (Ramadan), Baginda SAW akan menghidupkan malamnya (dengan ibadah), mengejutkan ahli keluarganya, dan memperketatkan kain sarungnya (bersungguh-sungguh dalam beribadah dan melakukan kebaikan)” — Riwayat Muslim: 2015

Antara solat yang terlibat dalam qiamullail adalah, solat tahajjud, solat taubat, solat hajat, solat tasbih, dan solat witir (jika sudah lakukan pada solat tarawih, maka tidak perlu lagi lakukan solat witir)

2. Berdoa memohon keampunan dan dihapuskan dosa yang lalu

Perbanyakkan doa dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT. - Gambar oleh Azim Rahman
Perbanyakkan doa dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT. - Gambar oleh Azim Rahman

Lailatul Qadar termasuk waktu yang mustajab untuk berdoa oleh kerana itu setiap Muslim boleh memperbanyakkan doa untuk kebaikan dunia dan akhirat. Rasulullah (Nabi Muhammad) bersabda:

“Sesiapa yang melakukan qiamullail pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Antara doa yang dibacakan Nabi untuk memohon keampunan daripada Allah adalah:

Allahumma ‘AuuZu BiriDhooKa Min SakhoThika Wa Bimu ‘AaFaaTika Min ‘UQuuBaTik 

Maksudnya:

Ya Allah, aku memohon perlindungan dengan redhaMu daripada kemarahan Mu dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada kemurkaanMu.” - Riwayat Muslim (no. 486)

3. Melakukan Iktikaf

Membaca Al-Quran dapat meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada Allah SWT. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Membaca Al-Quran dapat meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada Allah SWT. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Iktikaf menjadi sunnah muakkad jika dilakukan di bulan Ramadan terutama pada 10 malam terakhir. Pada hari-hari tersebut Rasulullah SAW mengajak isteri, keluarga serta para sahabat untuk menghidupkan malam dan mengisinya dengan pelbagai kegiatan ibadah yang menunjukkan ‘taqarrub‘ (mendekatkan diri) kepada Allah SWT.

Daripada Abi Hurairah r.a telah berkata: “Bahawa Nabi SAW beriktikaf pada setiap kali Ramadhan pada 10 hari, tetapi beriktikaf 20 hari pada tahun kewafatan Baginda SAW.” - Riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan Ibn. Majah. - Getaran, 13 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan