web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Berhenti Berdoa, Berikut 7 Waktu Paling Mustajab

Menjelang 10 hari terakhir Ramadan, ayuh kita panjatkan sebanyak mungkin doa kepada Allah, Yang Maha Mendengar dan Maha Memberi.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Apr 2021 9:11AM

Gambar: Sairien Nafis, Getaran.my

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Doa adalah alat komunikasi yang cukup istimewa di antara seorang hamba dengan Yang Maha Esa. Dalam setiap doa, seorang hamba percaya bahawa doanya akan didengari Allah. Biarpun tidak semua dikabulkan seperti yang kita mahukan, doa tetap dipanjatkan kerana kita yakin dengan izin Allah doa itu akan termakbul jua. Lebih -lebih lagi jika kita menadah tangan ketika waktu-waktu mustajab. 

Berikut adalah waktu-waktu yang paling mustajab untuk berdoa:-

 

1. Waktu di antara azan dan iqamat

Semasa azan berkumandang, pintu langit terbuka dan doa mudah dimakbulkan bagi hamba yang taat. Allah turut mengurniakan waktu istimewa untuk hamba-Nya yang berdoa pada awal waktu solat iaitu antara azan dan laungan iqamat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Doa di antara azan dan iqamat tidak tertolak.”(Hadis Riwayat At Tirmidzi dan Abu Daud).

 

2. Hari Jumaat

Jumaat adalah penghulu segala hari. Rasulullah menegaskan: “Sebaik-baik hari di mana matahari terbit adalah hari Jumaat. Jadi banyakkanlah berdoa pada hari Jumaat. Bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan pendapat di kalangan ulama tentang mengenai waktu mustajab berkenaan.

Ada yang mengatakan ia bermula pada awal pagi Jumaat hingga terbit matahari. Ada juga mengatakan, ketika khatib duduk di antara dua khutbah.

Namun, pendapat yang paling kuat adalah yang mengatakan waktu sesudah solat Asar hingga Maghrib sebagaimana ditegaskan Rasulullah: “Sesungguhnya dalam hari Jumaat ada waktu mustajab apabila pada waktu itu seorang Muslim berdoa kepada Allah pasti dimakbulkan doanya. Waktu yang dimaksudkan itu ialah sesudah solat Asar.” (Riwayat Ahmad)

 

3. Ketika sahur dan buka puasa

Sebab itu bersahur amat digalakkan walaupun ia tidak diwajibkan. Banyak pahala yang bakal diperolehi apabila kita bersahur. Waktu sahur juga tergolong dalam waktu mustajab untuk berdoa. Oleh itu, banyakkan berdoa dan berzikir sambil bersahur sehingga masuknya waktu solat Subuh. 

Begitu juga waktu berbuka puasa. Setelah penat seharian berpuasa, Allah mengurniakan satu lagi waktu mustajab untuk orang berpuasa memanjatkan doa kepada-Nya.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : “Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)

 

4. Malam Laitatulqadar

Malam yang dinanti-nantikan oleh umat Islam setiap kali Ramadan menjelma. Ini kerana Lailatulqadar memiliki keistimewaan di mana ibadat kita untuk sepanjang malam itu adalah lebih baik daripada seribu bulan. Ini bermakna, inilah saatnya untuk turut memperbanyakkan doa ke hadrat Ilahi, mudah-mudahan ia dimakbulkan.

Rasulullah SAW bersungguh-sungguh mencari malam Lailatulqadar iaitu pada sepuluh hari terakhir Ramadan. Rasulullah menegaskan: “Sesiapa yang melakukan ibadat pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan keikhlasan hati, maka diampuni dosa-dosanya yang lalu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

5. Sepertiga terakhir malam

Apabila sepertiga terakhir malam, Allah memberkati hamba-hambanya dengan turun ke langit dunia dan mengkabulkan hajat yang terbuku di hati mereka.

Dari Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah SAW bersabda,

“Di malam hari terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim memanjatkan doa pada Allah berkaitan dengan dunia dan akhiratnya bertepatan dengan waktu tersebut melainkan Allah akan memberikan apa yang ia minta. Hal ini berlaku setiap malamnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

 

6. Ketika hujan

Sejak kecil, kita mungkin pernah mendengar sama ada ibu atau bapa kita berpesan supaya banyakkan berdoa apabila bumi sedang disimbahi hujan. Itu bukanlah omongan kosong! Apabila hujan turun membasahi bumi, ia bukan sahaja dapat menyejukkan muka bumi yang kering, namun waktu ini juga  Allah cipta untuk hamba-Nya berdoa supaya dapat dikabulkan.

Rasulullah SAW bersabda “Doa tidak tertolak pada dua waktu, iaitu ketika azan berkumandang dan ketika hujan turun.” (Hadis Riwayat Al Hakim)

 

7. Hari Arafah ketika musim haji

Hari Arafah adalah hari di mana kaum Muslimin dari seluruh penjuru dunia berkumpul di Padang Arafah. Mereka berkumpul untuk mendekatkan diri kepada Allah untuk pelaksanaan ibadat haji.

Rasulullah SAW memuji hari Arafah: “Tidak ada satu hari pun yang lebih istimewa di sisi Allah daripada hari Arafah."

Allah turun ke langit bumi mempertontonkan kemuliaan kaum Muslimin kepada para malaikat seraya berkata: 

“Wahai para malaikat, lihatlah hamba-hamba-ku. Mereka datang menghadap-Ku dalam keadaan susah payah dari penjuru dunia yang jauh dan memohon keselamatan atas seksa-Ku.

"Tidak ada satu hari pun di mana Allah membebaskan hamba-hamba-Nya dari seksa neraka daripada hari Arafah.’’ (Riwayat Abu Ya’la, Bazzar dan Ibnu Khuzaimah)

Sumber : http://www.islam.gov.my 

Berita Berkaitan

1

Refleksi 6 hari yang lalu

Salah Kendali, Simpan Daging Korban Undang Risiko Kesihatan

2

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Refleksi 1 minggu yang lalu

Melontar Jamrah Didik Jemaah Tundukkan Ego, Utamakan Kepentingan Orang Lain

4

Refleksi 1 minggu yang lalu

Hari Arafah Ruang Umat Islam Perbanyak Doa, Zikir Dan Muhasabah Diri

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi