Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ulasan Buku : Desiring Light

'Desiring Light' adalah sebuah buku tentang kegusaran, harapan dan cinta seorang hamba. Ia juga tentang perjalanan penulisnya menuju Tuhan Yang Maha Esa.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2021 8:39AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tajuk buku: Desiring Light

Penulis: Ameera Aslam

Halaman: 127

Penerbit: Bilal Books

Bacaan yang penuh emosi

Entah keheningan malam Ramadan, bait-bait puisi yang indah atau curahan perasaan penulis yang begitu tulus telah berjaya membuatkan air mata mengalir perlahan ketika membaca koleksi puisi dan prosa ini.

Kandungannya terasa sangat dekat dengan diri dan adakalanya terasa seperti ditampar-tampar. Buku ini adalah buku tentang kegusaran, harapan dan cinta seorang hamba.

Desiring Light, merupakan himpunan karya Ameera Aslam, penulis muda dari Singapura yang ditulis dalam tempoh kira-kira 11 tahun.  Puisi dan prosa dalam buku ini disusun mengikut kronologi dan dibahagikan kepada tiga bab: Searching (Pencarian), Journeying (Perjalanan), dan Coming Home (Kepulangan).

Pembaca dapat menyaksikan kematangan spiritual yang dialami penulis seiring peningkatan usianya. Penulis sangat jujur dalam tulisan dan luahan perasaannya tentang perjalanan sukar yang dilalui dalam meniti perjalanan spiritual.

Pencarian

Emosi yang disampaikan lewat puisi dalam Bab Pertama menggambarkan jiwa dan pemikiran beliau yang berkecamuk, penuh persoalan dan tercari-cari kejelasan fikiran. Pada masa tersebut, penulis melalui fasa ingin berubah ke arah kebaikan, namun memilih untuk berubah secara drastik.

Penulis diselubungi perasaan takut dan cemas akan dosa-dosa silam, hilang minat terhadap perkara keduniaan dan mula belajar ilmu agama dengan intensif. Namun, penulis menyatakan bahawa hati beliau tetap terasa kosong. 

Perjalanan

Bab Kedua memberikan getaran harapan dan cinta apabila penulis menceritakan bagaimana kehadiran guru dan teman-teman membantu perjalanan beliau sehingga akhirnya penulis dapat merasakan perasaan cinta kepada Allah dan Nabi Muhammad SAW, bukan semata-mata takut dan gerun.

Terdapat bahagian dalam bab ini yang masih belum saya fahami, mungkin disebabkan keterbatasan pemahaman agama saya atau maksud yang ingin disampaikan penulis adalah bersifat peribadi. Seperti kata orang, “Hanya yang melalui dapat merasai."

Kepulangan

Bab Ketiga pula menghimpunkan koleksi refleksi harian penulis sepanjang bulan Ramadan pada tahun 2019. Pelbagai topik disentuh dan disampaikan dengan gaya yang lebih bersahaja dan ringan.

Puisi yang paling saya gemari antara 50 puisi yang dihimpunkan ialah puisi terakhir yang bertajuk 'Emptying the Cup' (Kosongkan ‘cawan’) yang sangat berkait rapat dengan tema penyucian hati, yang juga dapat dilihat dalam konsep reka bentuk kulit buku ini (Anda perlu baca sendiri untuk mengetahui lebih lanjut tentang makna di sebalik gambar kulit buku ini). 

Keterbukaan penulis untuk berkongsi pengalaman beliau boleh dijadikan panduan oleh pembaca yang melalui situasi yang serupa.

Membaca tulisan beliau terasa seperti memiliki teman baik yang sangat memahami dan bersama-sama melalui perjalanan yang jauh dan payah tetapi masih terdapat kemanisan sepanjang perjalanan tersebut, perjalanan yang sedang kita lalui iaitu perjalanan menuju Tuhan.

Sebagaimana yang diharapkan penulis dalam pendahuluan buku ini, saya juga ingin mendoakan perkara yang sama buat semua pembaca artikel ini: 

Wherever you find yourself on your spiritual journey, may your provisions be love, hope and good companions.” (Walau di mana sahaja anda berada dalam perjalanan spiritual anda, semoga anda direzekikan cinta, harapan dan sahabat yang baik.) - Getaran, 23 April 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 5 hari yang lalu

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

2

Refleksi 4 minggu yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

3

Refleksi 1 bulan yang lalu

Self Healing’ Pada Bulan Ramadan, Bikin Ibadah Makin Khusyuk

4

Refleksi 2 bulan yang lalu

Menangani Krisis Kejantanan

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi