web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


My #Qurantime Sasar 5,000 Peserta Sertai Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur

Beberapa program menarik akan dilaksanakan pada majlis khatam itu antaranya bacaan sinopsis 114 surah dalam Al-Quran dan bacaan dan mendengar tadabbur secara beramai-ramai antaranya surah Al-Asr dan Al-Nas.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 7:45AM

Semua umat Islam untuk menyertai program tadabbur dan khatam beramai-ramai ini - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

My #QuranTime mensasarkan seramai 5,000 peserta akan menyertai Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 yang akan dilaksanakan di Masjid Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 8 Oktober depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Marhaini Yusoff berkata program yang diasaskan pihaknya dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan TV Al-Hijrah itu setakat ini telah mengumpul kira-kira 1,557 individu yang mendaftar bagi untuk menyertai program khatam (habiskan) dan tadabbur (berfikir dan faham isi) Al-Quran yang bermula 8 Jun 2020.

"Jadi kita jemput semua umat Islam untuk menyertai program tadabbur dan khatam beramai-ramai ini kerana sebelum ini kita menjalankan tadabbur selama satu jam menerusi dalam talian dan di televisyen.

"8 Oktober depan merupakan episod terakhir program tersebut selepas dua tahun lebih program ini dijalankan yang pada asalnya bertujuan memberi pengisian rohani kepada rakyat Malaysia yang sedang berkurung ketika Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini," katanya dalam sidang media majlis berkenaan di Bangunan Kumpulan Karangkraf, semalam.

Marhaini berkata beberapa program menarik akan dilaksanakan pada majlis khatam itu antaranya bacaan sinopsis 114 surah dalam Al-Quran dan bacaan dan mendengar tadabbur secara beramai-ramai antaranya surah Al-Asr dan Al-Nas.  

-"Mereka yang berminat boleh menghubungi talian 019-3803635, 011-64307480 dan 013-3946471 untuk pertanyaan dan pendaftaran," katanya.

Marhaini berkata My #QuranTime merupakan kerjasama antara WUIF, Jakim serta TV Al-Hijrah sebagai penyiar utama dan ia disiarkan pada 12 tengah hari hingga 1 petang secara langsung setiap hari bermula 8 Jun 2020.

Sehingga kini, lebih 15 juta penonton dari Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia dan Selatan Thauland mengikuti program tersebut menerusi TV AlHijrah dan media sosial, katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 tahun yang lalu

Status OKU Tidak Halang Azizah Dalami Al-Quran

2

Selebriti 4 tahun yang lalu

Misi Khatam Al-Quran Nabila Huda Dan Rakan-Rakan 

3

Refleksi 5 tahun yang lalu

Khatam Al-Quran Pada Bulan Ramadan, Apa Syaratnya?

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 11 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN