web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berlari Penuh Keriangan Sambil Membantu Keluarga Malaysia Ke Antartika

Menyedari ‘ketagihan’ rakyat Malaysia yang merindui acara yang mempromosikan gaya hidup sihat, Hypergear Malaysia mengajak rakyat Malaysia untuk menyertai acara #GoHyper yang julung kalinya diadakan di MAEPS Serdang, Selangor.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 2:27PM

Gambar Hiasan Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pandemik COVID-19 memaksa kita mengubah gaya hidup demi keselamatan diri agar dijauhi daripada wabak pembunuh itu. Tiada lagi acara sosial yang boleh dilakukan. Baik dengan ahli keluarga, mahupun kawan-kawan. 

Kerana pandemik juga ramai yang memilih untuk bersenam di dalam ruang tertutup. Namun, sejak April lalu rakyat Malaysia mula bebas apabila dibenarkan untuk beraktiviti di luar. Ramai yang mula menerokai kawasan luar yang luas terbentang untuk kekal aktif, malah membenarkan anak-anak mengamati dan meneroka keajaiban alam semula jadi. 

Menyedari ‘ketagihan’ rakyat Malaysia yang merindui acara yang mempromosikan gaya hidup sihat, Hypergear Malaysia mengajak rakyat Malaysia untuk menyertai acara #GoHyper yang julung kalinya diadakan di MAEPS Serdang, Selangor pada 25 September hadapan.

Bertempat di salah sebuah taman pengembaraan untuk keseronokan keluarga yang paling indah, acara #GoHyper akan menjadi salah satu acara yang menitikberatkan nilai kekeluargaan dan penyatuan kerana memberi peluang kepada kanak-kanak seawal usia 3 tahun untuk mengambil bahagian dalam ‘Fun Run’ sejauh 5km ini. 

Bukan itu sahaja, acara 'Splash Dash Edition' ini akan menjadi acara yang paling basah dan menyeronokkan yang bertujuan untuk menggalakkan para pelari 'Break the Boundaries' dan berlari tanpa risau walaupun dalam keadaan basah lencun. 

Mempromosikan keseronokan keluarga yang ringan, pelari akan melalui beberapa siri halangan air yang menyeronokkan yang juga berfungsi sebagai tempat bergambar yang baik untuk kenangan yang berharga.

 

Sokong ekspedisi ke Antartika

Sempena meraikan sambutan kemerdekaan negara dan juga Hari Malaysia, sebahagian hasil daripada acara ini akan disalurkan kepada Pasukan #KeluargaMalaysia yang terdiri daripada tiga pendaki, Ravi Everest, Abang Polar, dan Son of the Sun (Tom Ng) untuk menampung perbelanjaan ekspedisi mereka ke Antartika. 

Ini adalah sebagai tanda sokongan Hypergear kepada Pasukan #KeluargaMalaysia yang akan menjadi trio berbilang bangsa pertama yang mendaki Vinson Massif, yang merupakan gunung tertinggi di Antartika.

Gambar ihsan Hypergear
Gambar ihsan Hypergear

Pengarah Pengurusan Hypergear Malaysia Jack Lee menyatakan bahawa beliau sangat teruja melihat penubuhan kumpulan ini kerana ia sangat bermakna untuk rakyat Malaysia.

Keghairahan tiga kaum yang bersatu untuk satu misi untuk menakluki Antartika dengan cara yang paling mampan bukan sahaja menarik dan mencabar, tetapi juga patut dipuji dan diiktiraf.

“Di Hypergear, kami berjanji untuk sentiasa menyokong Pasukan #KeluargaMalaysia kerana kami ingin melihat generasi akan datang terus membawa obor komuniti yang lebih sihat dan bersatu.

“Hypergear juga dibina dan dikekalkan atas asas menggalakkan masyarakat untuk ‘Terokai Dunia’ dan melakukan lebih banyak pengembaraan tanpa had atau keraguan. Dengan prinsip ini, kami berbesar hati untuk menaja ketiga-tiga mereka dan menyokong usaha itu,” ujar beliau.

Melalui ekspedisi ini, Ravi Everest, Abang Polar, dan Son of the Sun (Tom Ng)  ingin meningkatkan kesedaran awam mengenai kesan pemanasan global.

Pada masa yang sama, ketiga-tiga mereka akan menggunakan luncur salji semula jadi, untuk mengemudi perjalanan mereka secara mampan. 

Mereka juga  menyeru orang ramai untuk mengambil langkah awal dalam mengurangkan jejak karbon dan mempertimbangkan untuk menanam pokok pada setiap tahun untuk menghijaukan  bumi dan mengurangkan kesan pemanasan global. 

Sebelum ekspedisi mereka pada penghujung tahun 2022, ketiga-tiga pendaki ini akan menjalani latihan intensif yang mencabar ketahanan fizikal, mental dan jiwa mereka. Mereka juga akan membuat penampilan istimewa sebagai satu pasukan di majlis perasmian #GoHyper Splash Dash nanti.

Untuk maklumat lanjut tentang #GoHyper Splash Dash Edition, layari www.gohyper.run. Setiap peserta yang mendaftar layak mendapat barangan hebat seperti Baju Larian Eksklusif Break The Boundaries Dry Fit, Hypergear Waterproof Dry Bag 5L – Edisi Splash Dash dan Pingat Penamat Edisi Terhad. - Getaran, 16 September 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Saintis UMS Catat Sejarah Paling Lama Tinggal Di Antartika Pada Musim Sejuk

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Ravi Everest Teruskan Misi Ke Puncak Tertinggi Dunia Mac Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Gaya 3 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN