web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tuah Anak Yatim Terima Telekung Bernilai RM100,000!

Setel dan Siti Khadijah menderma telekung kepada 98 rumah anak yatim dan kebajikan terpilih menerusi inisiatif Setulus Kasih.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2022 3:45PM

Gambar ihsan Setel

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?

Begitulah kisah tuah sejumlah 98 buah rumah yatim serta rumah kebajikan buat golongan wanita, ibu tunggal dan kanak-kanak yang menerima durian runtuh yang paling tidak disangka! 

Gambar ihsan Setel
Gambar ihsan Setel

Aplikasi pengisian minyak, Setel dan jenama tudung eksklusif, Siti Khadijah berkolaborasi dengan menyumbang sejumlah telekung bernilai RM100,000 sempena kempen ‘Setulus Kasih’.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Siti Khadijah, Munzir Aminuddin berkata, “Kolaborasi ini telah memberi peluang kepada kami untuk berkongsi ihsan kepada golongan yang memerlukan.

“Penghantaran telekung dibuat secara lancar melalui Setel Express ke empat buah rumah kebajikan. Kami percaya ia turut memberi kepuasan kepada para pelanggan kami,” ujarnya.

Gambar ihsan Setel
Gambar ihsan Setel

Ketua Pegawai Eksekutif Setel Express, Faizal Sulaiman pula berkata, “Kami berbesar hati dan bersyukur dapat berkongsi rezeki dengan masyarakat yang kurang bernasib baik.

“Di samping itu, kami turut berpeluang memperlihatkan kualiti perkhidmatan kami dengan cara yang bermakna iaitu dengan menyebarkan keceriaan kepada mereka di serata negara,” ujarnya.

Empat rumah kebajikan induk terpilih sebagai benefisiari kempen ‘Setulus Kasih’ ini. 

Gambar ihsan Setel
Gambar ihsan Setel

Antaranya, Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah, Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim al-Hijrah, Kompleks Darul Kifayah dan Yayasan Kebajikan Muslim.

Empat rumah kebajikan induk ini menguruskan 98 rumah kebajikan di bawah kendaliannya.

Majlis penyerahan sumbangan dihadiri oleh Munzir Aminuddin dan Faizal Sulaiman, di samping dua wakil MyFundAction, Suraiya Jabarudin dan Zulkifli Baharuddin. - Getaran, 8 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari