web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


#KitaProtectKita Lebih 2,000 Pakej Penjagaan Diedarkan Untuk Keluarga Kurang Berkemampuan

Rakyat Malaysia berganding bahu membantu komuniti berpendapatan rendah melalui kempen #LifeZamanSekarang.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2022 9:01AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ancaman pandemik COVID-19 telah mengakibatkan kehidupan masyarakat menjadi kucar-kacir dan mengubah pelbagai perkara yang kita anggap biasa kepada sesuatu yang luar biasa.

Perubahan ini memberi kesan yang nyata sehingga konsep kehidupan norma baharu diperkenalkan.

Dengan peralihan negara ke peringkat endemik, masyarakat perlu mengetahui cara yang betul bagi menerajuinya bersama-sama.

Sehubungan dengan itu, Lifebuoy Malaysia bersama Guardian dan HOPE Worldwide Malaysia berganding bahu bersama rakyat Malaysia untuk menderma pakej penjagaan yang terdiri daripada keperluan harian kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

Dengan matlamat bersama untuk meringankan beban mereka semasa fasa peralihan ini, sumbangan ini direalisasikan menerusi kempen #LifeZamanSekarang.

Sokongan selebriti dan pempengaruh media sosial merancakkan lagi kempen ini dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk berkongsi tabiat kebersihan sepanjang pandemik ini.

Orang ramai yang telah berkongsi hantaran #LifeZamanSekarang di media sosial mereka, bakal menyumbang kepada kuantiti pakej yang bakal didermakan kepada keluarga yang memerlukan.

Lebih 2000 pakej penjagaaan bernilai RM139 telah diagihkan di seluruh Malaysia. Pakej ini mengandungi keperluan harian seperti pensanitasi tangan, cecair pencuci dan pelitup muka.

Pengarah HOPE Worldwide Malaysia, Darick Wong berkata, “Amat gembira melihat sokongan yang diterima menerusi kempen ini. 

“Menyaksikan rakyat Malaysia mengambil bahagian secara aktif dalam membantu keluarga yang telah terjejas akibat pandemik. 

“Ramai keluarga bergelut untuk mencari rezeki dan mungkin terpaksa meletakkan cecair pencuci tangan dan pelitup muka pada keutamaan yang rendah dalam perbelanjaan mereka.

“Oleh itu kami berharap agar sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan,” ujarnya.

Pengarah Pemasaran Unilever Malaysia-Singapura, Lenny Chuah pula berkongsi, “Virus COVID-19 telah menghalang kehidupan seharian kita dalam pelbagai cara.

“Untuk menggalakkan dan mengingatkan rakyat Malaysia tentang amalan kebersihan yang baik, Lifebuoy melancarkan kempen #LifeZamanSekarang ini.

“Kami sangat teruja melihat sambutan positif kempen ini, apabila rakyat Malaysia berganding bahu untuk membantu sesama masyarakat. 

“Di saat kita beralih ke fasa endemik, kami berharap agar dapat melihat sokongan yang berterusan ini terhadap komuniti yang kurang bernasib baik. 

“Pertempuran belum berakhir dan kita masih mempunyai perjalanan yang panjang di hadapan,” ucap Chuah bersemangat.

Unilever sentiasa meletakkan keutamaan untuk melindungi nyawa dan mata pencarian melalui jenama kebersihan mereka seperti Lifebuoy.

Mencuci tangan dengan sabun merupakan salah satu perkara paling berkesan. 

Namun, terdapat tiga bilion manusia di seluruh dunia tidak mempunyai akses kepada kemudahan asas seperti mencuci tangan dengan sabun ini. 

Kita perlu lakukan apa sahaja yang kita mampu untuk komuniti kita, bersama berganding bahu untuk pemikiran #KitaProtectKita. - Getaran, 13 Mei 2022

Gambar: Lifebuoy

Berita Berkaitan

1

Gaya 6 bulan yang lalu

Siri Skin Solutions Baharu Lifebuoy Untuk Kulit Yang Lebih Sihat Dalam Hanya 7 Hari

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Jelajah 14 jam yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden