web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elak Keracunan Makanan Di Musim Perayaan

Masalah keracunan makanan yang berpunca daripada makanan tercemar atau tidak dimasak dengan baik boleh mengakibatkan suasana raya yang meriah menjadi suram.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2022 9:08AM

Gambar Hiasan, Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Musim Aidilfitri yang bakal menjelang cukup sinonim dengan aktiviti kunjung-mengunjung dan hidangan pelbagai juadah makanan.

Namun jika tidak berhati-hati, masalah keracunan makanan yang berpunca daripada makanan tercemar atau tidak dimasak dengan baik boleh mengakibatkan suasana raya yang meriah menjadi suram.

Pengarah Pusat Jaminan Kualiti Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Amin Ismail berkata makanan yang tidak dimasak dengan baik akan menyebabkan percambahan bakteria jahat yang boleh mengakibatkan keracunan makanan jika dimakan.

Gambar Hiasan, Sadiq Asyraf
Gambar Hiasan, Sadiq Asyraf

Makanan terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama seperti sayur-sayuran boleh dimakan mentah, cukup hanya dibasuh dengan baik. Kumpulan makanan kedua pula seperti daging, telur atau ikan ialah makanan yang tidak boleh dimakan mentah.  

“Kumpulan makanan yang tinggi protein ini perlu dimasak pada suhu tertentu bagi memastikan keselamatan makanan terjamin. Setelah dimasak, penyimpanannya juga perlu dititikberatkan supaya tidak terdedah kepada bakteria jahat,” katanya ketika ditemubual Bernama.

Beliau yang juga Profesor di Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM turut berkata makanan yang berkuah lebih berpotensi mengakibatkan pertumbuhan bakteria yang tinggi jika tidak disimpan dengan baik.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

“Oleh itu, perlu hangatkan dulu makanan sebelum dihidang kepada tetamu yang datang. Jangan hidang makanan yang dibiarkan semalaman dan tidak ditutup dengan baik. Jika telah berbuih atau berlendir, jangan makan atau hidangkan,” katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai agar mengambil makanan secara bersederhana dan pastikan makanan yang diambil adalah bersih walaupun aktiviti ziarah-menziarahi telah dibenarkan di fasa peralihan endemik ini.

Sementara itu, seorang peniaga makanan menu raya yang telah berniaga sejak 2011, Mohd Azroy Jalaluddin menggunakan cara pembungkusan retort bagi membunuh kuman di dalam makanan yang dibungkus dan memastikan keselamatan makanan terjamin.

Gambar Hiasan Pexels
Gambar Hiasan Pexels

Kaedah retort ialah teknologi terkini pembungkusan makanan yang menggunakan retort pouch bagi menjamin kualiti dan kesegaran makanan. Bakteria akan dibunuh setelah makanan telah siap dikedap dan disterilkan.

Beliau yang juga pemilik GoBite Malaysia menjual menu hari raya termasuklah produk masakan signature ‘Daging Masak Hitam Manis’ menggunakan kaedah itu.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

“Produk daging masak hitam ini boleh bertahan selama dua tahun jika disimpan pada suhu bilik. Kaedah retort ini juga berfungsi memastikan ketahanan makanan bagi pengeposan untuk pelanggan jauh,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Azroy yang berkelulusan Diploma Seni Kulinari dari Management & Science University berkata bagi memastikan kualiti makanan yang dijual terjamin, kebiasaannya barang mentah tidak dibeli terlalu awal.

“Saya akan simpan bahan mentah tersebut di tempat yang sebaiknya dan cara masak juga diberikan perhatian sepenuhnya untuk mengelakkan keracunan makanan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 bulan yang lalu

Hari Raya Aidil Fitri: Melangkaui Toleransi — Seruan Untuk Penerimaan

2

Rencana 1 tahun yang lalu

Keselamatan Makanan: Tanggungjawab Moral Dan Keperluan Ekonomi

3

Kolum 1 tahun yang lalu

Menghitung Rahmat Dan Bahagia Di Aidilfitri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN