web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tip Berjimat Cermat Pada Bulan Ramadan

Setelah dua tahun melalui Ramadan dan Syawal dalam era pandemik, tahun ini ramai yang teruja meraikan dua bulan penuh kemeriahan ini. Tapi awas, jangan sampai terlebih belanja!

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2022 9:16AM

Gambar: Alif Omar

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ibadah puasa bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga, sebaliknya ia lambang ketaatan orang Islam mematuhi arahan Allah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi hamba-Nya. Ketika berpuasa, kita harus menjaga tingkah laku, pandangan mata dan juga kata-kata. 

Satu perkara yang cukup mencabar pada bulan Ramadan ini adalah menahan nafsu daripada berbelanja berlebihan ketika membeli juadah berbuka puasa dan juga ketika membuat persiapan menyambut Syawal.

Setelah dua tahun melalui Ramadan dan Syawal dalam era pandemik, tahun ini ramai yang teruja meraikan dua bulan penuh kemeriahan ini. 

Kehadiran bazar-bazar Ramadan tambah memeriahkan suasana. Ramai yang sanggup bersesak untuk mendapatkan juadah kegemaran, pakaian raya, biskut raya dan pelbagai kelengkapan rumah yang lain.

Gambar: Azim Rahman
Gambar: Azim Rahman

Jadi, tidak hairanlah ada di antara kita yang ‘hanyut’ berbelanja sehingga berlakunya pembaziran. Bukan sahaja makanan banyak terbuang, malah kos perbelanjaan bulanan juga melambung tinggi.

Lebih teruk lagi, ada yang sanggup berhutang semata-mata untuk nampak ‘gah’ pada hari raya nanti.

Pembaziran merupakan perbuatan yang menzalimi diri sendiri dan adalah menjadi satu kerugian dalam kehidupan terutamanya jika ia berlaku pada bulan Ramadan.

Berikut adalah beberapa cadangan supaya kita lebih berhati-hati dalam perbelanjaan bagi mengelakkan pembaziran. Cadangan ini dikongsi oleh Perunding Syariah, AIA Public Takaful Bhd, Ustaz Ahmad Fikri Mohd.

 

1. Azam berjimat

Jika anda boleh berazam untuk menurunkan berat badan pada bulan Ramadan ini, cuba sematkan juga di dalam fikiran untuk berjimat cermat dalam berbelanja.

Jika ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa, tetapkan jumlah wang yang akan dibelanjakan. Contohnya, tidak lebih RM10. 

Gambar: Abdul Razak Latif
Gambar: Abdul Razak Latif

 

2. Merancang perbelanjaan harian

Perancangan boleh dilakukan secara harian atau bulanan. Bagi bulan perayaan contohnya, seharusnya kita membuat perancangan awal segala persiapan dan menyenaraikan barang-barang yang menjadi keperluan sahaja untuk dibeli untuk mengelakkan berlebihan di dalam perbelanjaan.

Gambar Fail, Syeda Imran
Gambar Fail, Syeda Imran

 

3. Berbuka dan bersahur secara berpatutan

Sekali sekala bolehlah diterima untuk berbuka puasa di hotel atau dengan juadah yang agak mahal, tetapi adalah lebih baik jika berbuka di rumah atau di masjid kerana dapat berjimat, malah lebih baik lagi kerana dapat menjaga solat maghrib yang sering kali dilupai akibat leka berbuka di tempat-tempat yang enak makanannya.

Gambar: Abdul Razak Latif
Gambar: Abdul Razak Latif

 

4. Berbelanja mengikut keperluan

Menjelang Syawal, pastinya pelbagai perkara perlu dibelanjakan termasuklah pakaian, kelengkapan untuk mencantikkan rumah dan juga perbelanjaan untuk perjalanan pulang ke kampung.

Harus diingatkan supaya tidak berbelanja perkara yang tidak diperlukan. Terkadang kita terlalu leka untuk menyambut Syawal dengan meriah dan cantik sehingga membeli perkara yang tidak diperlukan. 

Gambar: Unsplash
Gambar: Unsplash

Diharapkan semoga tip ini boleh membantu anda merancang perbelanjaan harian dengan lebih berhemah. Banyakkan bersedekah dan jangan lupa membayar zakat fitrah. - Getaran, 15 April 2022

Rujukan : https://muis.org.my 

Berita Berkaitan

1

Rencana 5 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan Bahan Mentah Mencukupi Sepanjang Syawal - KPKM

4

Refleksi 2 tahun yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 16 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN