Berita Terkini

10 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sungai Tebrau: Nelayan Berusaha Pulih Sungai Tercemar

Sungai Tebrau dikategorikan sebagai sungai ke-53 terkotor di dunia oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Ocean Cleanup pada tahun lepas.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 8:44AM

Nelayan Hamid Yusof, 64, (kanan) dan rakannya Rafin Mat Tahir, 65, membersihkan sampah sarap di tepi Sungai Tebrau. Gambar: Mohd Hilmizudin, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sekitar tahun 70-an hingga 90-an, Sungai Tebrau di bandar raya Johor Bahru ini bersih dan kaya dengan hasil hidupan sungai dengan orang ramai pula boleh melakukan pelbagai aktiviti riadah seperti mandi-manda. 

Sayangnya semua itu tinggal kenangan, apabila sungai sepanjang 46 kilometer itu semakin tercemar dan kotor akibat pelbagai kegiatan manusia. 

Lebih menyedihkan, Sungai Tebrau dikategorikan sebagai sungai ke-53 terkotor di dunia oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Ocean Cleanup pada tahun lepas. 

Tinjauan Bernama di Sungai Tebrau di Bakar Batu baru-baru ini, mendapati isu sampah di sungai itu seolah-olah tidak berpenghujung dengan pelbagai bentuk sampah-sarap dibuang ke sungai menyebabkan bau busuk dan berlendir.

Keadaan kotor dan berbau busuk itu bagaimanapun, tidak pernah memadamkan impian seorang penduduk Bakar Batu Rosli Osman, 60, yang mahu melihat sungai itu kembali kepada bentuk asalnya iaitu bersih dan menjadi habitat kepada pelbagai kehidupan sungai.

Bagi merealisasikan impian itu, dia bersama dua rakannya akan turun ke Sungai Tebrau hampir setiap hari bermula pukul 7 pagi hingga 9 pagi bagi mengutip sampah-sarap yang hanyut.

Dalam tempoh setahun kata Rosli, jumlah sampah yang dikutip mampu memenuhi 160 tong roro atau bersamaan 240 tan, iaitu jika digambarkan ia boleh menutup separuh padang bola sepak.

“Keadaan sungai sekarang sangat berbeza, dahulu di tepi sungai ini pasirnya cantik dan ramai yang datang beriadah untuk mandi-manda. Sekarang ini jangan katakan manusia, ketam pun lari sebab geli pasirnya kotor sangat,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Menjadi nelayan sejak usia 40-an, Rosli berkata pelbagai pengalaman dan pasang surut kehidupan sudah ditempuh, termasuk kehilangan punca pendapatan disebabkan pencemaran sungai tersebut.

“Dulu senang-senang boleh dapat 10 hingga 15 kilogram hasil tangkapan di sungai ini, tetapi sekarang ini nak dapat sekilogram pun susah.

Keadaan sekitar Sungai Tebrau ketika tinjauan di Kampung Bakar Batu baru-baru ini.


Keadaan sekitar Sungai Tebrau ketika tinjauan di Kampung Bakar Batu baru-baru ini.



“Dulu di sungai ini banyak udang, ketam, lokan dan kupang tetapi sekarang tinggal lokan, berongai dan tilapia sahaja,” katanya.

Pendapat itu dipersetujui rakannya Hamid Yusof, 64, yang menetap di kawasan sama dan menjalani aktiviti nelayan di sungai tersebut.

Dia turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap masyarakat yang tidak prihatin dengan alam sekitar sehingga sanggup mencemarkan keindahan alam semula jadi. 

“Nak cakap apa lagi, memang kecewa sangat dengan pencemaran sungai ini. Tahun lepas saya ternampak sebuah lori membuang sampah di sungai ini. Sampai bila kita nak jadi macam ni, saya penat,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Dah 2024 Pun Ada Lagi Perangai Macam Ni?

2

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Susah Sangat Ke Nak Cari Tong Sampah Tu?

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Sentiasa Terbuka Terima Pandangan BERSIH - PM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Pernah Diarah Tutup 2 Kali, Restoran Mamak Kotor 'Kantoi' Lagi

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN

Gaya 13 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Ia datang dalam bentuk set 2 dalam 1 iaitu syiling yang diperbuat dengan perak sterling berwarna dan emas Nordic Brilliant Uncirculated.

oleh Fida Ruzki