Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


7 Langkah Keselamatan Kala Memandu Jarak Jauh

Jangan ambil mudah kerana bahaya tidak kenal masa dan tempat. Ikuti langkah-langkah keselamatan berikut sekiranya mahu memandu jarak jauh.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2022 11:00AM

Gambar: Uriel Mont, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pemanduan jarak jauh memakan masa berjam-jam lamanya. Walaupun mempunyai kereta yang canggih dan selesa, itu tidak menjamin keselamatan individu yang memandu jarak jauh. Ini kerana pemanduan jarak jauh memerlukan fokus yang tinggi.

Minggu ini kami ingin berkongsi tujuh langkah keselamatan ketika memandu jarak jauh.

Gambar: Plus Bhd
Gambar: Plus Bhd

Berhenti Di Kawasan Rehat dan Rawat 

Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) ialah tempat yang menyediakan kemudahan awam di tepi lebuh raya seperti stesen minyak, tandas, surau, tempat makan dan lain-lain. Ia terletak di setiap 60km sepanjang jalan namun terdapat juga sesetengah R&R yang mempunyai jarak yang lebih jauh bergantung pada lokasi kawasan tersebut.

Amalkan untuk singgah di R&R sekurang-kurangnya dua kali bagi perjalanan sejauh 100km untuk berehat dan kembali bertenaga. Tambahan pula, anda boleh mendapatkan makanan ringan atau minuman bertenaga untuk menyegarkan badan serta mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan.

Gambar: Debashis Rc Biswas, Unsplash
Gambar: Debashis Rc Biswas, Unsplash

Tidur Sebentar Jika Mengantuk

Jarak perjalanan yang jauh akan meletihkan badan dan antara perkara yang perlu dielakkan ialah tidur mikro (micro sleep). Jika mengantuk, pastikan anda berhenti di kawasan yang selamat untuk tidur sebentar.

Ambil beberapa minit masa untuk tidur dan jangan sesekali memaksa atau melawan mata anda untuk terus memandu dalam keadaan mengantuk. Pastikan anda kunci pintu kereta dan buka sedikit tingkap untuk langkah keselamatan serta pengaliran udara dalam kereta.

Ini kerana antara punca utama kemalangan jiwa berlaku ialah serangan tidur mikro yang menyebabkan pemandu rasa mengantuk dan tertidur dalam tempoh satu hingga 30 saat. Jadi, elakkan situasi ini sebelum perkara buruk terjadi.

Gambar: Tima Miroshnichenko, Pexels
Gambar: Tima Miroshnichenko, Pexels

Tukar Pemandu

Berikutan keadaan mengantuk ketika memandu, anda disarankan untuk mempunyai teman yang boleh memandu kereta. Ini kerana jika badan terasa letih dan mengantuk dalam perjalanan, anda boleh meminta teman anda mengambil alih pemanduan.

Seterusnya anda dapat berehat seketika dan ia boleh menjimatkan masa serta perjalanan boleh diteruskan tanpa perlu berhenti di kawasan rehat dengan kerap.

Gambar: Courtney Corlew, Unsplash
Gambar: Courtney Corlew, Unsplash

Pasang Radio

Fungsi radio dalam kereta ialah untuk memberikan informasi terkini berkenaan isu semasa dan mendengar lagu semasa memandu. Pasangkan saluran yang memberikan suasana ceria ketika memandu supaya anda tidak kebosanan.

Tambahan pula ia dapat mengaktifkan deria telinga, mata dan pikiran anda bagi memberi fokus di atas jalan raya seterusnya mengelakkan diri daripada mengantuk. Di samping itu, anda juga boleh mendengar informasi trafik yang dimaklumkan oleh penyampai radio .

Berborak

Jika terdapat penumpang lain dalam kereta, amalkan untuk berborak bersama mereka.  Sebagai penumpang pula, adalah lebih baik jika anda menemani pemandu bersembang sepanjang jalan tentang perkara-perkara yang menarik.

Ia dapat membantu mengelakkan pemandu rasa mengantuk dan keseorangan ketika memandu. Sebagai contoh bincangkan topik yang menarik dan membuatkan pemandu berfikir seperti perkara yang hendak dilakukan sejurus tiba di kawasan yang dituju.

Gambar: Whitehead TrNriNwvDEQ, Unsplash
Gambar: Whitehead TrNriNwvDEQ, Unsplash

Peka Keadaan cuaca.

Kemungkinan besar dalam perjalanan jarak jauh, cuaca akan bertukar terutamanya pada musim tengkujuh dimana hujan akan turun dengan kerap. Pastikan anda peka dengan perubahan cuaca dan berada dalam tahap kelajuan yang selamat.

Jika hujan turun, perlahankan sedikit kelajuan kereta dan elakkan daripada memecut. Ini kerana selain  jalan licin, keadaan penglihatan anda di atas jalan raya pastinya kabur dan sedikit terganggu. Berhati-hati di jalan raya.

Gambar: Gustavo Fring, Pexels
Gambar: Gustavo Fring, Pexels

Isi Minyak Penuh

Sudah pasti minya perlu diisi penuh sebelum memulakan perjalanan. Jika tidak, apabila anda berhenti di kawasan R&R, isi kembali minyak kereta dengan kadar yang penuh. Sekalipun anda merasakan ia masih mampu bertahan sehingga stesen minyak seterusnya, pelbagai perkara boleh terjadi di atas jalan raya. 

Perkara ini penting bagi mengelakkan kereta anda kehabisan minyak dan tersangkut di tengah lebuh raya jika laluan di hadapan sesak. Ini kerana jumlah pengguna lebuh raya berkemungkinan meningkat dalam satu masa sehingga menyebabkan kereta bergerak perlahan dan lebih teruk lagi jika berlaku kemalangan. 

Ambil langkah berjaga-jaga ini dan sentiasa mengutamakan keselamatan ketika memandu kereta serta hormatilah pengguna jalan raya lain. - Getaran, 21 Januari 2022

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Jelajah 12 jam yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

Selain acara rewang di PPR Lembah Subang 2, Mydin juga mengagihkan 150 set bantuan Kotak MYDIN Prihatin yang bernilai sehingga RM60

oleh Rahayu MN

Jelajah 8 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Selera 17 jam yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya