web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selamatkan Mereka! Edar 130,000 Pelitup Muka Untuk Golongan Memerlukan

Yuka Zan sumbang pelitup muka bernilai RM91,000 kepada rumah-rumah kebajikan sekitar Lembah Klang.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2021 8:42AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Yuka Zan berbesar hati menyampaikan sumbangan sebanyak 130,000 keping pelitup muka gred perubatan bernilai RM91,000 kepada wakil badan kebajikan dan organisasi bukan kerajaan terpilih di sekitar Lembah Klang.

Tiga organisasi yang menerima sumbangan itu ialah Pejabat Kebajikan Masyarakat Petaling Jaya (PKMPJ) sebanyak 55,000 keping, The Lost Food Project (55,000 keping) dan Home GP Asia (20,000 keping). 

PKMPJ ialah badan kerajaan yang melaksanakan perkhidmatan kebajikan setempat, sementara The Lost Food Project selaku organisasi bank makanan bukan berasaskan keuntungan. 

Manakala Home GP Asia pula bertanggungjawab menghubungkan golongan kurang bernasib baik yang memerlukan khidmat penjagaan kesihatan profesional.

Pengarah Urusan Kantha Medical Group, Dr. Kantha Ruban berkata, walaupun program vaksinasi negara sudah mencapai lebih 90% untuk golongan dewasa, ancaman COVID-19 masih berleluasa.

“Memandangkan sempadan negeri kini sudah dibuka, orang ramai dinasihati perlu lebih berwaspada. Ini termasuk memakai pelitup muka, membasuh tangan, mengamalkan penjarakan sosial, menghindari tempat-tempat sesak dan mendapatkan vaksin secukupnya,” jelasnya.

Beliau juga mengulas, walaupun terdapat pelbagai pilihan di pasaran, masyarakat disarankan memilih pelitup muka gred perubatan tiga lapis, memakai pelitup muka dengan betul dan melupuskannya dengan berhati-hati.

Mereka yang mempunyai kulit sensitif pula perlu menukar pelitup muka dengan kerap untuk mencegah tindak balas negatif terhadap kulit muka, selain menggunakan pelembap untuk mencegah kulit kering atau masalah jerawat. 

Dr. Kantha berkata, orang ramai perlu hidup dengan virus dalam jangka panjang, jadi langkah-langkah penjagaan kebersihan dan pemakaian pelitup muka akan menjadi norma baharu. 

“Situasi pandemik ini berkemungkinan besar menjejaskan kesihatan mental kita. Oleh demikian, kami mengalu-alukan syarikat seperti Yuka Zan untuk menghasilkan pelitup muka yang menarik untuk membantu menyuntik semangat dan menggembirakan hati pengguna,” ujarnya.

Sehubungan itu, Yuka Zan menawarkan pelbagai pelitup muka, termasuk jenis tiga lapis dan empat lapis, KF94 dan KF99. 

Pelitup-pelitup muka keluaran Yuka Zan ini direka secara khusus dalam pelbagai warna dan corak menarik untuk menambahkan kecerian si pemakai, pada masa sama memberikan perlindungan yang selamat. 

Layari Yuka Zan untuk maklumat lanjut. - Getaran, 26 November 2021

Gambar: Yuka Zan

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Sumbangan Syarikat Arak Untuk Sekolah: Pertahankan Prinsip Walau Diasak – Saraswati

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Hidap Kanser, Khalijah Mungkin Jual Rumah Diduduki Demi Kelangsungan Hidup

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Berdepan Masalah Jantung Kronik, Jay Jay Terima Sumbangan PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Sampai Sumbangan Untuk Pelakon Nur Azifah

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN