Berita Terkini

24 minit yang lalu: RUU warga emas dijangka dibentang di Dewan Rakyat tahun hadapan 49 minit yang lalu: Kerajaan cadang tambah kamera awas 49 minit yang lalu: Pasukan SAR temui mayat kanak-kanak berusia 8 tahun di Sungai Bernam 1 jam yang lalu: Mahkamah Tinggi PBB akan dengar kes Ukraine terhadap pencerobohan Rusia 1 jam yang lalu: SEDA Malaysia lantik Ahmad Zairin Ismail sebagai pengerusi baharu

IKUTI KAMI


3 Kebaikan Melebihkan Makanan Buat Pelanggan Tanpa Bayaran

Melebihkan makanan buat pelanggan adalah satu bentuk sedekah. Di sini kami senaraikan tiga kebaikannya.

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2021 2:30PM

Gambar: Lefteris Kallergis, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernahkah anda mengalami situasi di mana ketika membeli makanan, terdapat lebihan makanan yang diberikan oleh peniaga tanpa bayaran tambahan?

Kadangkala perkara ini sering berlaku ketika anda membeli makanan di gerai-gerai atau pasar malam dan ia atas ihsan peniaga itu sendiri.

Lazimnya, peniaga menganggap pemberian mereka adalah satu bentuk sedekah atau sumbangan yang ikhlas.

Sedekah boleh diberi dalam pelbagai cara sama ada dalam bentuk wang tunai, barang keperluan dan sebagainya.

Menurut Surah Al-Baqarah ayat 261

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

Jelas sekali sedekah merupakan amalan yang sangat mulia di sisi Tuhan. 

Gambar: Dan Burton, Unsplash
Gambar: Dan Burton, Unsplash

Terdapat beberapa kebaikan bagi peniaga yang melebihkan makanan kepada pelanggan tanpa meminta bayaran tambahan. Di sini kami senaraikan beberapa kebaikan tersebut.

1. Mendapat pahala

Seperti yang disebut dalam ayat di atas, amalan sedekah akan dibalas dengan ganjaran yang lebih banyak dan pahala berganda. Jadi, umat Islam memang dituntut untuk bersedekah selagi mampu. Malah, sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang tetapi boleh juga berbentuk makanan dan hadiah.   

2. Menggembirakan pelanggan dan mengumpul pelanggan tetap

Keikhlasan peniaga melebihkan hidangan akan memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada para pelanggan ketika menjamu selera. Seterusnya, ia juga berpotensi mengubah pelanggan baharu menjadi pelanggan tetap di kedai anda.

Jadi, tidak hairanlah jika terdapat pelanggan yang datang dari jauh ke kedai semata-mata untuk mendapatkan makanan anda.

3. Mewujudkan promosi secara tidak langsung 

Selain itu, apabila pelanggan berkongsi pengalaman mereka semasa menikmati hidangan di kedai si penjual, ia adalah strategi pemasaran secara percuma daripada pelanggan. Ia merupakan cara promosi paling mudah bagi sesebuah perniagaan makanan.  

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, amalan melebihkan barangan jualan dalam perniagaan adalah satu bentuk sedekah dan sangat disarankan oleh para peniaga.

Hal ini disebut di dalam hadis Riwayat Qais bin gharazah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

يا ‌معشر ‌التجار، إن الشيطان، والإثم يحضران البيع، فشوبوا بيعكم بالصدقة

Maksudnya: “Wahai para peniaga! Sesungguhnya syaitan dan dosa akan hadir dalam jual beli. Oleh itu, campurkan sedekah dalam jual beli kamu.” (Riwayat Ibnu Majah - 2145) 

Ia menjelaskan bahawa amalan penipuan dalam jual beli adalah perbuatan lagha yang mengakibatkan seseorang lalai daripada mengingati Allah SWT kerana sibuk dengan perniagaan dan melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam perniagaan. 

Oleh itu Rasulullah SAW menyeru para peniaga untuk memperbanyakkan sedekah ketika berniaga kerana ia akan menghapuskan dosa-dosa dan dapat meredakan kemurkaan Tuhan.

Maka dengan itu, para peniaga yang bersedekah dengan menambahkan jumlah kuantiti makanan yang dibeli oleh pelanggan pasti akan menerima balasan kebaikan dan ganjaran. Selamat beramal! - Getaran, 19 November 2021

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Naik Taraf, Perindah Medan Selera Demi Keselesaan Rakyat - Pakar

2

Muzik 5 hari yang lalu

RIM Lancar Sumbangan Rahmah Industri Muzik, Bantu Penggiat Seni Muzik Tempatan

3

Selera 1 bulan yang lalu

'Lemang Perak', Gabungan Unik Pelbagai Rasa Terima Ribuan Tempahan Setiap Tahun

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Peniaga Ditahan Disyaki Pukul Warga Emas Dakwa Lemang Dibeli Mentah

Sorotan

1

Cuaca Panas: Bil Elektrik Melambung Jadi Topik Media Sosial, Pengguna ‘Pening Kepala’

2

Dipercayai Tertelan Cecair Vape, Kanak-Kanak 2 Tahun Stabil, Dipantau Hospital

3

Punggung Kanak-Kanak Tercucuk Besi Pagar Rumah

Disyorkan untuk anda

Teknovasi 20 jam yang lalu

HondaJet Elite II, Rangkaian Kenderaan Udara Dari Honda Yang Pantas, Tinggi Dan Jauh

oleh Izwan Ramlan

Jelajah 6 jam yang lalu

Pencarian Wanita Anggun Untuk Dinobat Sebagai Mrs Malaysia World 2023 Bermula

“Sebagai menyokong Bulan Kesedaran Kesihatan Mental (pada Mei), semua peserta yang menghadiri uji bakat memakai seluar hijau mengikut tema tahun ini iaitu Look...