Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Kepentingan Organisasi Rukun Tetangga (KRT)

Kami berkongsi kepentingan penubuhan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di kawasan kejiranan dan perumahan.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2021 3:09PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Komuniti Rukun Tetangga (KRT) adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan bagi tujuan menjaga keselamatan komuniti setempat. Ia biasanya ditubuhkan di setiap kawasan perumahan mengikut kapasiti penduduk. Pertubuhan ini juga bertujuan untuk meningkatkan mutu pembangunan populasi setempat.

Terdapat juga sesetengah individu yang tidak menghiraukan KRT kerana ia melibatkan masa peribadi untuk menyertai kumpulan ini. Kadangkala ada juga yang menganggap ia membuang masa dan tidak berfaedah. Malah ada yang berpendapat bahawa komuniti ini ingin mengambil alih tugas polis.

Hari ini Getaran ingin berkongsi kepentingan penubuhan Komuniti Rukun Tetangga KRT yang anda perlu tahu.

 

Mengawal Keselamatan

Penubuhan KRT bukanlah untuk mengambil alih tugas anggota keselamatan, tetapi ia lebih kepada membantu anggota keselamatan ketika menjalankan tugas.

Kes pecah masuk rumah seringkali kita dengar berlaku di kawasan-kawasan penduduk. Langkah pengawalan kawasan perumahan selalunya dilakukan di bahagian hadapan rumah dan belakang rumah bagi memastikan tiada situasi yang mencurigakan. 

Walkie-talkie digunakan bagi membuat laporan semasa rondaan dijalankan. Selalunya, aktiviti rondaan akan dijalankan di waktu malam.

Rondaan akan bermula jam 3.00-5.00 pagi kerana dilaporkan waktu begini adalah waktu kritikal sering berlakunya kes pecah masuk rumah. Terdapat juga kawalan di waktu siang namun ia lebih kepada pemantauan dari dalam rumah sahaja.

Rondaan malam biasanya hanya melibatkan enam orang atau lebih mengikut luas kawasan perumahan dan secara bergilir-gilir mengikut jadual yang ditetapkan.

 

Mengeratkan Silatulrahim

Aktiviti KRT ini mampu mengeratkan hubungan silatulrahim antara manusia. Sifat kejiranan yang perlu dikembangkan boleh dimulai dengan menyertai KRT terutamanya kepada individu atau keluarga yang baru berpindah dan menjadi ahli kariah di kawasan tersebut.

Kepada ahli kejiranan yang baharu, KRT adalah langkah yang baik untuk anda mula mengenal siapakah jiran-jiran anda. Ini kerana, mengenali siapakah penduduk di dalam kawasan tempat tinggal amat penting bagi mengelakkan buruk sangka antara satu sama lain.

Walaupun kebanyakan penduduk sibuk bekerja pada siang hari, tetapi meluangkan masa sekurang-kurangnya seminggu sekali sudah cukup memberikan kualiti yang baik kepada sesi berkenalan.

Tidak terhad kepada orang dewasa, ibu bapa juga boleh menggalakkan anak muda mereka untuk menyertai KRT bersama yang lain supaya tiada jurang antara jiran yang lebih dewasa.

Maka jangan kita ambil mudah dan rebutlah peluang untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara jiran tetangga. 

 

Aktiviti Riadah

Satu kumpulan yang mempunyai bilangan ahli yang banyak akan terbentuk hasil penubuhan KRT. Antara kebaikan yang anda boleh dapat ialah melakukan aktiviti riadah sesama ahli.

Aktiviti ini berkonsepkan santai dan relaks seperti bersukan atau hobi masa lapang. Apabila telah terjalin silaturahim yang baik antara jiran tetangga, pastinya akan ada perkongsian atau hobi yang sama.

Kebiasaannya pasukan bola sepak komuniti akan dicipta oleh ahli-ahli KRT dan perlawanan liga antara KRT-KRT di kawasan lain dapat dijalankan. Hobi memancing juga pasti mempunyai bilangan minat yang tinggi di sesetengah komuniti.

Tidak lupa juga, hari keluarga turut diadakan di sesetengah KRT yang melibatkan setiap unit rumah.

Aktiviti sedemikian perlu dirancang sekurang-kurangnya enam bulan sebelum untuk melaksanakannya dan lazimnya tarikh yang diambil adalah ketika menjelang cuti persekolahan akhir tahun.

 

Majlis Keraian

Selain itu, pelbagai majlis keraian yang boleh dilakukan bersama dengan penduduk setempat.

Majlis keraian ialah majlis keramaian yang melibatkan ramai tetamu bagi menghargai dan menghormati seseorang dengan mengadakan jamuan besar-besaran contohnya majlis perkahwinan, majlis hari raya dan majlis doa selamat.

Majlis seperti ini pastinya memerlukan kehadiran dan bantuan tenaga yang banyak. Cuba anda bayangkan majlis anda dihadiri bersama-sama warga KRT di kawasan perumahan anda, sudah tentu kemeriahan yang tak terhingga dapat diwujudkan.

Sebagai contoh jika anda mengadakan majlis perkahwinan berkonsepkan rewang, pastinya persahabatan antara jiran tetangga akan memeriahkan majlis tersebut.

 

Bantuan Kecemasan

Gambar: Allan Mas, Pexels
Gambar: Allan Mas, Pexels

Hubungan yang baik tercipta melalui penubuhan KRT perlu dipupuk. Fungsi KRT sangat penting bagi sesebuah kawasan perumahan. Pandemik COVID-19 memberi impak yang besar terhadap rakyat Malaysia.

Pembuangan kerja berlaku di mana-mana sahaja sehingga satu ketika,  bendera putih dinaikkan menunjukkan bahawa terdesaknya keadaan seseorang. Kadangkala kita tidak tahu adakah jiran kita berada dalam keadaan baik atau tidak.

Bantuan kecemasan pada era pendemik COVID-19 seperti menghulurkan barang mentah atau memberikan kemudahan pengangkutan kepada jiran jika hendak ke mana-mana adalah perlu bagi meringankan beban mereka.

Jiran adalah antara orang yang terdekat dengan kita dan jangan sesekali mengabaikan kesejahteraan dan keharmonian mereka.

Maka dengan itu, amat penting kewujudan Komuniti Rukun Tetangga dan sokongan daripada penduduk setempat. Jalinan ukhuwah KRT tidak akan berjaya jika tiada kata sepakat daripada jiran sekeliling. Luahkan sedikit masa untuk menyumbang tenaga di dalam kumpulan ini untuk kebaikan semua. - Getaran, 22 Oktober 2021

Semua gambar: Facebook Kejiranan Jalan 2/13dot1b, Rawang, kecuali tertera

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat